Usia Bukan Lagi Alasan, Ramai Orang Muda Sakit Jantung
Jantung manusia dewasa yang sihat berdegup secara purata 75 kali per minit. Bersamaan 100,000 kali sehari, 365,000,000 kali setahun dan lebih dari satu bilion kali jika anda sudah hidup melebihi 30 tahun. Tiada bateri dan tidak pernah berhenti berdegup.
Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung masih lagi menjadi penyebab utama kematian di Malaysia pada tahun 2018 & 2019.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia ”Siaran Akhbar Perangkaan Sebab Kematian, Malaysia, 2019”
Serangan jantung berlaku akibat gangguan bekalan oksigen pada otot jantung disebabkan oleh penyekatan aliran darah berpunca daripada kerosakan pada dinding pembuluh darah koronari atau kolestrol yang terkumpul pada dinding pembuluh darah koronari.
Kesan sakit jantung paling awal dikesan apabila ritma denyut jantung yang tidak teratur dengan terlalu laju atau terlalu perlahan. Pesakit biasanya akan mengalami simptom seperti keletihan, pening kepala dan sensasi denyutan yang luar biasa.
Jika anda merasakan anda sihat dan tidak berisiko untuk mendapat sakit jantung, fikirkan kembali dan lihat bagaimana gaya hidup anda 2-5 tahun ke belakang.
Cuba anda perhatikan, sedar atau tidak sudah ada kawan dan saudara mara terdekat anda yang telah pun dijemput menemui Penciptanya dalam keadaan kita rasa “Eh betulke? Muda lagi umur dia kan? Sihat je aku tengok dia selama ni. Innalillah…”
Dikenali dengan pembunuh senyap kerana banyak kes pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom sehinggalah pesakit mengalami serangan jantung atau kegagalan jantung.
Risiko penyakit jantung juga meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, perokok dan individu yang mengalami stres serta kurang tidur.
Gaya hidup dan diet yang tidak sihat adalah antara faktor penyebab kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung hari ini.
Justeru, mengamalkan gaya hidup aafiyat adalah antara jawapan dan solusinya. Amalkan pemakanan yang sihat dan tambahkan nutrisi melalui pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun ke dalam diet harian anda.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiya