
Varian B.A 5.2 dan BF.7 Ancaman yang Membimbangkan
Varian BA.5.2 dan varian BF.7 yang kini menular di China ketika ini telah dikesan di negara ini.

Sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes jangkitan BF.7.
Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi sebuah kenyataan memaklumkan belum ada data bilangan kematian menerusi varian tersebut.
Apa itu BF.7?
BF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5. Ia pertama kali dikesan pada Julai 2022.
Sejauh mana ia membimbangkan?
Laporan dari China menunjukkan sub-varian itu mempunyai kadar penularan yang sangat tinggi. Ia mempunyai nilai R0 iaitu kadar kebolehjangkitan asas lebih daripada 10. Purata R0 bagi varian Omicron lain adalah sekitar lima. Semakin tinggi angka R0, semakin tinggi kebolehjangkitannya.
Bagaimanapun, pakar virologi Universiti Sains Malaysia Dr. Kumitaa Theva Das berkata, R0 tinggi BF.7 di China mungkin disebabkan oleh tahap imuniti yang lebih rendah di negara itu.
Apakah Langkah berjaga-jaga yang boleh kita laksanakan?
Memetik kajian 2022 dari Amerika Syarikat, Kumitaa berkata, walaupun BF.7 mempunyai ciri-ciri pengelak imun, vaksin dan penggalak sedia ada masih dapat meningkatkan imuniti terhadapnya.
“Memandangkan imuniti semakin berkurangan dari semasa ke semasa, mereka yang belum menerima (suntikan) penggalak kedua harus berbuat demikian sekarang, terutamanya yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai komorbiditi dan yang imunitinya terkompromi,” katanya.
Setiap orang juga harus terus memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan tahap kebersihan yang baik untuk mengelak dijangkiti serta melakukan ujian secara berkala.

Antara gesaan lain adalah melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C serta sayur-sayuran. Selain itu, antara ikhtiar lain adalah dengan mengamalkan pengambilan minyak Habbatus Sauda. Kajian menunjukkan Minyak habbatus sauda menyokong fungsi imuniti dan mengurangkan risiko masalah pernafasan kronik.
Semoga kita semua dijauhkan dari musibah ini dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.