Sukan malam, rupa-rupanya ‘pembunuh dalam diam’
Saya pernah ditanya oleh wartawan Sinar Harian mengenai bersenam malam.
Masa itu (18 Februari 2020) kita dikejutkan oleh pemergian pelakon Ashraf Sinclair berusia 40 tahun yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung (dilaporkan oleh kompas.com)
Saya beritahu wartawan Sinar Harian tersebut bahawa bersenam waktu malam adalah amalan yang berbahaya, boleh mengundang kematian mengejut.
Namun ramai juga doktor (Melayu Islam) yang menolak pandangan saya. Namun saya malas berdebat sebab saya bukan “kaki debat”.
Hujah saya adalah kerana waktu malam adalah masa untuk berehat. Secara semulajadi, tahap hormon cortisol berada dalam tahap yang rendah. Berjaga malam dan bersenam meningkatkan tahap cortisol dalam tubuh secara mendadak. Ia memberikan tekanan (pressure) tambahan pada jantung yang sepatutnya berehat.
Jika sesekali, mungkin tidak mengapa. Tetapi jika ia menjadi amalan, sudah tentu ia akan merosakkan jantung. Terutama mereka yang mempunyai masalah jantung (keradangan otot jantung – myocarditis), samada kita sedar atau tidak.
Malam adalah masa untuk berehat. Jika kita tidur awal, kita boleh bangun beribadah di akhir malam.
Dalam AL Quran pun ada menyarankan kita berehat pada waktu malam.
“Dan Dia lah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian, dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki”. (Surah AL Furqan ayat 47).
Tubuh dan minda kita memerlukan rehat di waktu malam. Otak, jantung, perut dan ginjal memperlahankan aktiviti mereka di waktu malam.
Jika bekerja shift malam pun, selepas beberapa malam bertugas, selalunya pekerja diberikan rehat beberapa hari untuk membetulkan semula kitaran biologi mereka.
Bagi orang muda 20an atau di awal 30an, mungkin kesan ini tidak dilihat sebab tubuh masih sihat dan masih muda. Masuk 35 tahun ke atas, kita harus lebih berjaga-jaga.
Ramai pesakit saya dulu mengalami tekanan darah tinggi dan diabetis akibat berjaga waktu malam, tidak cukup tidur dan gangguan tidur. Mereka baru berusia awal 40an.
Salah satu puncanya adalah beraktiviti dan bersenam waktu malam. Dan sudah tentu, ada yang tidak bersenam malam tetapi melakukan aktiviti lain yang tidak menyihatkan di waktu malam.
Kali ini pada 1 Julai 2024, atlet terkenal Zhang Zhi Jie, pemain badminton China telah meninggal dunia di arena dan disaksikan oleh ribuan orang di gelanggang dan di alam maya secara langsung. Sebab kematian belum disahkan.
Ini membuktikan orang yang muda dan kelihatan sihat pun tidak terlepas dari masalah yang sama.
Orang zaman dulu (datuk nenek kita) meninggal dunia di usia tua tanpa bersenam. Orang zaman sekarang pula mati di usia lebih muda ketika bersenam.
Di usia 50an, saya lebih berjaga-jaga. Selain ambil minyak zaitun, saya juga mengambil IMMUNE BOOSTER, vitamin E, minyak ikan dan co-enzyme untuk meningkatkan sistem daya tahan dan kesihatan saya.
Dunia sudah berubah.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad