
7 Manfaat Jus Delima dan Minyak Zaitun Asli Untuk Jantung & Kesihatan
Bagi masyarakat Mediterranean, menyedari akan manfaat jus delima dan minyak zaitun asli menjadikan ianya makanan yang tidak asing lagi jika dibandingkan dengan budaya dan masyarakat di negara kita. Malah ianya merupakan makanan wajib dan diambil secara rutin dalam kehidupan seharian mereka.
Banyak kajian saintifik dan jurnal mengenai makanan yang digelar sebagai superfoods ini serta manfaat minyak zaitun, delima, kurma, tin, anggur di mana kandungan nutrisi dan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi berbanding makanan lain. Ianya memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan manusia samada dijadikan untuk tujuan perlindungan ataupun menjadi makanan untuk perawatan.
Penyakit tidak berjangkit atau Non-communicable diseases (NCD) seperti kencing manis, penyakit jantung, kanser, hipertensi dan sebagainya adalah disebabkan oleh keradangan dan tekanan oksidatif keterlaluan di mana tubuh menyimpan toksin serta radikal bebas yang tidak terkawal.
Pengambilan makanan yang kaya nilai nutrisi dan tinggi nilai antiokidan mampu mengawal tekanan oksidatif seterusnya membantu mengawal keradangan tersebut. Pengambilan jus delima dan minyak zaitun asli ini sudah pasti mampu memulihkan, membina semula sel-sel sihat dan melindungi dari tekanan oksidatif berlarutan. Namun begitu kesannya bukanlah seperti ubat-ubatan sebaliknya ia perlu dijadikan amalan harian sebagai makakan sihat membekalkan nutrisi penting kepada tubuh.
Mencegah Atherosclerosis

Delima menambah rasa manis, namun masam pada resipi, dan menurut ujian ia kaya dengan antioksidan yang hebat seperti tanin dan antosianin. Dua antiokisidan ini dikaitkan dengan sifat dan beroeranan dalam melawan aterosklerosis iaitu pengumpulan lemak dan ia juga menggalakkan fungsi saluran darah yang sihat. [1,2]
Para saintis mengaitkan keupayaan minyak zaitun untuk meningkatkan kesihatan jantung dan saluran darah dengan kandungan sebatian polifenol yang tinggi. Minyak zaitun ‘extra virgin’ sudah tentu mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding jenis yang lain.
Menurut laman healthline.com, satu kajian pada tahun 2018 juga mendapati bahawa penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan pengurangan penanda keradangan (inflammatory markers) berkaitan aterosklerosis dan penurunan risiko penyakit jantung dan komplikasinya. [3]
Merendahkan Kolestrol

Memetik perkongsian di laman Mayoclinic bahawa, satu kajian mendapati pengambilan jus delima berpotensi merendahkan kadar kolestrol jahat LDL. Ini kerana jus delima mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi iaitu 3 kali ganda lebih tinggi berbanding the hijau serta jauh lebih tinggi berbanding jus buah yang lain.
Minyak zaitun adalah sumber yang kaya dengan nutrisi asid lemak tak tepu tunggal (mono-unsaturated aftty acid), iaitu jenis lemak yang dikategorikan sebagau lemak sihat kerana lemak jenis ini boleh membantu meningkatkan kolestrol baik HDL dan menurunkan kolesterol jahat LDL. Ini amat penting ke arah memelihara kesihatan jantung.
Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Delima (Punica granatum L.) adalah buah yang kaya dengan polifenol dengan ciri-ciri perubatan yang pelbagai. Penemuan yang timbul daripada kajian haiwan dan klinikal telah menunjukkan jus delima boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dalam kedua-dua untuk jangka pendek dan jangka panjang. Kesan ini disertai dengan tindakan antioksidan dan anti-aterosklerotik yang secara kolektif meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kesan anti-hipertensi telah dilaporkan untuk kedua-dua jus delima dan minyak biji. Kedua-dua tekanan sistolik dan diastolik menunjukkan kesannya. [4]
Di dalam satu laporan [5] mendapati analisis daripada terhadap tujuh kajian utama yang dilaukan mendapati bahawa minyak zaitun extra virgin dengan jumlah kandungan fenol sekurang-kurangnya 161 mg/kg pada pengambilan minimum dua sudu (25 ml) sehari boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dengan ketara dalam masa tiga minggu.
Merendahkan Risiko Serangan Jantung & Strok

Satu akhbar di UK juga melaporkan [6] bahawa penyelidikan mencadangkan bahwa minum jus delima dan makan kurma boleh memberi perlindungan terhadap pembentukan kolesterol, sekali gus mengelakkan risiko serangan jantung.
Menurut kajian yang diketuai oleh penyelidik dari Harvard T.H. Sekolah Kesihatan Awam Chan. [7], mereka yang memasukkan sekurang-kurangnya setengah sudu minyak zaitun setiap hari dalam diet mereka mempunyai risiko 14% lebih rendah untuk mendapat penyakit kardiovaskular, dan risiko 18% lebih rendah untuk penyakit jantung koronari, berbanding mereka yang tidak mengambil minyak zaitun.
Semestinya banyak kajian yang telah mendapati bahawa manfaat jus delima dan minyak zaitun asli sangat bagus untuk kesihatan jantung. Malah ianya bukan terbatas kepada kesihatan jantugn sahaja sebalinya sangat bermnafaat dalam membantu penyakit yang kerkaitan keradangan. Antara manfaat lainnya adalah seperti berikut,
Membantu Mengawal Rheumatoid Arthritis (RA)

Penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang berbeza memainkan peranan dalam keradangan arthritis.
Makanan yang kaya dengan nutrien, mineral dan antioksidan boleh membantu meneutralkan keradangan RA dan mengurangkan gejalanya. Salah satu makanan yang paling kerap disyorkan untuk mengurangkan gejala dan keradangan ialah delima. Delima mengandungi rendah lemak, kolesterol, dan natrium, dan ia kaya dengan nutrien, mineral dan antioksidan.
Minyak zaitun extra-virgin boleh mengurangkan keradangan, yang mungkin menjadi salah satu sebab utama untuk manfaat kesihatannya. Kesan anti-radang utama adalah dipengaruhi oleh antioksidan. Antaranya ialah oleocanthal, yang telah terbukti berfungsi sama seperti ibuprofen, ubat anti-radang [8].
Mengurangkan Risiko Kencing Manis

Sebatian yang diketahui dalam delima, seperti punicalagin dan ellagic, gallic, oleanolic, ursolic, dan asid uallic, telah dikenal pasti mempunyai tindakan anti-diabetes. Tambahan pula, pecahan gula jus didapati mempunyai polifenol antioksidan unik (tannin dan antosianin), yang boleh bermanfaat untuk mengawal keadaan diabetes jenis 2.
Dalam satu kajian, diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun asli mampu mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sebanyak 40%. Beberapa kajian juga mengaitkan peranan minyak zaitun terhadap bacaan gula dalam darah dan ‘insulin sensitivity’
Melawan Sel Kanser

Kajian telah mencadangkan keseluruhan buah delima, serta jus dan minyaknya, sebagai agen kemopreventif/kemoterapi, kerana ia memberikan kesan anti-radang, anti-proliferatif dan anti-tumorigenik dengan memodulasi pelbagai laluan isyarat. [9]
Antioksidan dalam minyak zaitun asli terutamanya hydroxytyrosol dan tyrosol boleh mengurangkan kerosakan oksidatif akibat radikal bebas, yang dipercayai menjadi punca utama kanser . Banyak kajian klinikal juga menunjukkan bahawa sebatian dalam minyak zaitun boleh melawan sel-sel kanser [10,11]
Kesimpulan

Seperti sedia maklum bahawa kebanyakan penyakit dikaitkan dengan keradangan, tekanan oksidarif dan radikal bebas. Makanan yang tinggi nilai nutrisi dan antioksidan secara semulajadi mampu membantu mengawal dan seterusnya memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan. Manfaat jus delima dan minyak zaitun asli secara harian dari sumber yang semulajadi tanpa campuran atau yang diproses, mampu membantu memelihara kesihatan jantung anda disamping amalan gaya hidup sihat yang lain.