
Ibu Bapa Cakna Dengan Penyakit Influenza-Like-Ilness(ILI) Yang Sedang Menyerang!
Penularan kes Influenza-Like-Ilness(ILI) ini sangat membimbangkan ramai pihak terutama ibu bapa. Iyalah, banyak kes telah dilaporkan malah telah menjadi wabak di sekolah-sekolah termasuk sekolah berasrama. Malah klinik-klinik swasta dan hospital juga penuh dengan anak-anak yang mengalami penyakit Influenza-Like-Ilness(ILI) ini. Tapi apa itu penyakit Influenza-Like-Ilness(ILI) ini? Adakah ia sama dengan Covid-19?
Influenza-Like-Ilness(ILI) Penyakit Bermusim?
Penyakit Influenza-Like-Ilness(ILI) ini adalah disebabkan virus yang menjangkiti saluran pernafasan lalu menyebabkan gejala-gejala seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit otot dan sendi. Meskipun tanda-tandanya nampak sama tetapi ia berbeza dengan Covid-19 kerana influenza disebabkan virus Influenza yang terdiri daripada empat jenis iaitu (A,B,dan C) manakala Covid-19 disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 (koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2), sejenis strain koronavirus.
Mengikut ciapan Doktor Khairul Hafidz, penyakit ini dianggap ‘common’ dan sering berlaku. Kebanyakannnya, kes ini sering berlaku pada musim sejuk bagi negara yang mempunyai iklim sederhana manakala negara Malaysia yang beriklim khatulistiwa, kes penyakit Influenza ini kebanyakannya berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut apa-apa musim.
Influenza Sangat Mudah Merebak?
Ya, penyakit Influenza-Like-Ilness(ILI) ini sangat mudah merebak dan ia kebiasaanya menular daripada titisan salur penafasan (respiratory droplets) ketika seseorang sedang bercakap, bersin mahupun batuk. Ia boleh menjangkiti sesiapa yang terkena titisan salur pernafasan tersebut. Ia juga sangat mudah menjangkiti golongan-golongan ini iaitu:
- Kanak-kanak berumur kurang 5 tahun
- Wanita hamil
- Warga emas yang berumur 65 tahun ke atas
- Individu dengan penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, asma dan lain-lain.
- Individu yang mempunyai imun rendah

Ambil Langkah Awal, Cegah Penyakit Influenza!
Seperti yang kita tahu penyakit influenza ini sangat mudah berjangkit dari tatacara dan juga kebersihan diri. Oleh itu ada beberapa cara yang kita boleh ambil bagi mencegah penyakit ini iaitu:
- Amalkan tahap kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun serta ‘hand sanitizer’
- Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan muka dengan menggunakan tisu dan pelapik pelitup muka.
- Selepas bersin atau batuk buang tisu ke dalam tong sampah dengan betul. Jangan culas ya!
- Sentiasa jaga jarak diri dengan orang awam dan ibu bapa boleh cuba jauhi dari ke tempat-tempat yang ‘crowded’
- Ambil suntikan vaksin Influenza terutama bagi golongan yang berisiko. Segera ke klinik swasta untuk dapatkan maklumat lanjut.
- Ambil permakanan sihat yang cukup nutrisi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Boleh juga ambil makanan yang membantu menyokong imuniti seperti habbatus sauda.
Jom dapatkan Minyak Habbatus Sauda Olive House. Boleh dapatkan disini!
Kurang lebih cara pencegahannya sama dengan cara kita mencegah dari Covid-19. Boleh cuba untuk ingat dan patuhi kembali apa yang kita pelajari selama bertahun-tahun sebelum ini. Tahu ramai yang sudah mula alpa dan tidak ambil kisah sejak endemik ini. Oleh itu masa untuk kita buat ‘ulang kaji’ mengenai cara mencegah penyakit influenza ini. Jaga diri semua!!
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dr Khairul Hafidz