9 Manfaat & Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah Yang Ramai Tidak Tahu
Amalan pemakanan minyak zaitun secara terus kini kian popular di kalangan masyarakat kita dan pasti ada yang tertanya apakah manfaat dari khasiat minyak zaitun untuk wajah. Pertama sekali perlu kita ketahui bahawa minyak zaitun asli juga dikenali sebagai lemak paling sihat di dunia berbanding dari minyak lain. Apakah yang menjadikan ia begitu diagungkan oleh masyarakat Mediterranean dan diakui oleh saintis melalui kajian saintifik?
Ini jawapannya. Minyak zaitun asli mengandungi nutrisi semulajadi dan bahan aktif yang sangat tinggi seperti mono-unsaturated fatty acid (MUFA), squalene, polifenol, pelbagai antioksidan, vitamin A, D, E, K serta mineral yang lain. Banyak kajian yang telah membuktikan bahawa khasiat dan nutrisi penting yang terdapat dalam minyak zaitun ini dalam menghalang kerosakan oksidatif yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan serta memperbaiki sel dan organ yang bermasalah. Maka, tidak hairanlah mengapa ianya digelar minyak paling sihat di dunia dan tidak ketinggalan juga manfaat khasiat minyak zaitun untuk wajah.
.1. Melindungi Kulit
Squalene memainkan peranan sangat penting dalam mengurangkan kerosakan oksidatif akibat radikal bebas pada kulit. Apa itu squalene? Squalene adalah salah satu komponen utama pada permukaan kulit (sekitar 13% daripada sebum kulit, ditemui paling banyak pada kulit wajah dan kulit kepala). Selain itu, sebahagiannya boleh didapati daripada dari sumber makanan, terutamanya pada minyak zaitun serta hati ikan yu (1).
Bagi sumber tumbuhan, minyak zaitun adalah sumber tertinggi squalene berbanding sumber makanan serta minyak yang lain seperti minyak sawit merah dll.
2. Melembutkan dan Menghaluskan Kulit Wajah
Kita sudah maklum bahawa khasiat minyak zaitun untuk wajah adalah disumbangkan oleh bahan aktif yang bernama squalene. Walaupun squalene dapat dihasilkan oleh sel-sel kulit, penghasilan squalene ini semakin berkurang apabila meningkatnya usia. Pengurangan penghasilan squalene selalunya berlaku pada usia 30-an malah ada yang lebih awal yang mana menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar.
Berita gembira buat kita semua, squalene bertindak sebagai pelembut kulit semulajadi, diserap dengan cepat dan berkesan ke dalam kulit, mengembalikan kelembutan dan keanjalan dan kesihatan kulit tanpa meninggalkan sisa berminyak. (1)
Justeru pengambilan makanan dan penggunaan pada kulit dari sumber yang tinggi nilai squalene seperti minyak zaitun ini dapat membantu kulit dan wajah menjadi lebih halus dan lembut secara semulajadi. Amalkan 1 atau 2 sudu besar serta sapukan nipis pada wajah sebelum tidur dan rasakan kesegarannya apabila bangun tidur. Lakukan setiap hari sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut.
3. Melembapkan Kulit
Khasiat minyak zaitun untuk wajah yang seterusnya adalah membantu melembapkan kulit yang kering. Ini kerana di dalam minyak zaitun terdapat antioksidan, Vitamin E dan squalene yang mana ianya juga membantu mengurangkan kedutan kulit.
Komposisi minyak zaitun yang majoritinya terdiri daripada squalene, mono-unsaturated fatty acid (MUFA) dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mudah meresap ke dalam kulit (2).
4. Mengurangkan Kerosakan Kulit Akibat Sinaran UV
Kajian menunjukkan bahawa antara peranan utama squalene ini termasuklah melindungi permukaan kulit manusia akibat terdedah kepada cahaya UV serta kerosakan oksidatif lain. (2). Disamping itu, kandungan asid lemak omega-3 yang bersifat anti-keradangan di dalam minyak zaitun dapat membantu mengatasi kerosakan kulit akibat keradangan (3).
Ini merupakan suatu manfaat besar dari kahsiat minyak zaitun untuk wajah. Sebagai contoh, kerosakan daripada cahaya matahari yang membawa keradangan pada wajah seperti bintik-bintik penuaan, garis halus, kedutan, dan kemerahan. Menggunakan minyak zaitun pada wajah dapat melindungi kira-kira 20 peratus daripada sinaran ultraviolet (UV) yang berbahaya (4).
5. Mengecilkan Pori-Pori Wajah
Khasiat minyak zaitun untuk wajah pertama yang digemari terutama golongan wanita adalah mengecilkan pori-pori. Ini kerana, pori yang besar seringkali mengganggu penampilan dan menjadi salah satu punca masalah kulit yang lain iaitu kulit berminyak dan juga kedutan.
Cara untuk mendapat manfaat dari minyak zaitun ini adalah dengan menjadikan masker atau sapuan nipis pada kulit dan wajah yang berminyak serta mempunyai pori yang besar. Boleh lakukan sebelum tidur kemudian membilasnya setelah bangun tidur.
6. Mencegah Kanser Kulit
Kajian mendapati kandungan antioksidan dalam minyak zaitun mampu membantu mengurangkan risiko kanser. Kajian turut mendapati minyak zaitun dapat membantu mencegah melanoma iaitu sejenis kanser kulit yang paling merbahaya serta memberikan kesan anti-tumor terhadap sel melanoma (5).
7. Mengurangkan Kesan Jerawat
Vitamin dan antioksidan yang terdapat dalam minyak zaitun memberi manfaat untuk wajah iaitu mengurangkan kesan jerawat kerana ianya membantu penghasilan sel-sel baru. Sapukan campuran minyak zaitun dan perahan lemon pada wajah untuk membentu mengatasi hyper-pigmentation yang menyebabkan kulit menjadi gelap pada kesan jerawat.
8. Melembutkan Bibir
Khasiat minyak zaitun untuk wajah disumbangkan oleh antioksidan, Vitamin E dan squalene dalam proses melembutkan kulit dan mengahalang tekanan oksidatif oleh radikal bebas. Sekiranya diamalkan secara konsisten melalui kaedah makan dan sapuan, ia juga dapat membantu melembutkan bibir dan menyerlahkan kesegaran bibir anda. Bagi anda yang mempunyai masalah bibir kering dan alami rekahan, boleh amalkan tips ini. Sapukan nipis minyak zaitun setiap kali bibir terasa kering.
9. Pencerahan Kulit
Minyak zaitun tidak mengurangkan melanin atau meningkatkan pengelupasan sel kulit iaitu sebahagian proses pencerahan kulit. Walau bagaimanapun, ia boleh membantu menghalang kerosakan dan pigmentasi dari cahaya matahari. Ia juga boleh mengurangkan kemerahan dan kedutan kulit.
Kesimpulan Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah
Khasiat minyak zaitun untuk wajah sememangnya diakui sejak turun-temurun dan disokong oleh banyak kajian saintifik samada secara langsung atau tidak langsung. Kulit dan wajah seseorang boleh menjadi petanda atau gambaran akan kesihatan seseorang. Ini kerana kulit merupakan organ terbesar yang berkait rapat dengan organ lain seperti hati dan usus. Pemakanan yang baik sudah tentu membekalkan nutrisi yang bagus justeru akan membantu kesihatan kulit dan wajah.
Kepada anda yang mungkin sedang alami masalah berkaitan kulit atau mencari sesuatu untuk wajah dan kecantikan semula jadi, boleh jadikan minyak zaitun yang tinggi nilai squalene sebagai makanan yang wajib diamalkan setiap hari juga dijadikan sebagai kegunaan luaran.
Rujukan:
(1) Gershbein, L.L.; Singh, E.J. Hydrocarbons of dogfish and cod liver and herring oil. J. Am Oil Chem. Soc. 1969, 46, 554-557.
(2) Huang, Z., Lin, Y., & Fang, J. (2009). Biological and Pharmacological Activities of Squalene and Related Compounds: Potential Uses in Cosmetic Dermatology. Molecules, 14(1), 540-554. doi:10.3390/molecules14010540
(3) Latreille, J., Kesse-Guyot, E., Malvy, D., Andreeva, V., Galan, P., Tschachler, E., . . . Ezzedine, K. (2012). Dietary Monounsaturated Fatty Acids Intake and Risk of Skin Photoaging. PLoS ONE, 7(9). doi:10.1371/journal.pone.0044490
(4) Budiyanto, A. (2000). Protective effect of topically applied olive oil against photocarcinogenesis following UVB exposure of mice. Carcinogenesis, 21(11), 2085-2090. doi:10.1093/carcin/21.11.2085
(5) Carpi, S., Polini, B., Manera, C., Digiacomo, M., Salsano, J. E., Macchia, M., . . . Nieri, P. (2020). MiRNA Modulation and Antitumor Activity by the Extra-Virgin Olive Oil Polyphenol Oleacein in Human Melanoma Cells. Frontiers in Pharmacology, 11. doi:10.3389/fphar.2020.574317