
Apa Istimewanya Al-Aqsa? Jom Ketahui Lebih Lanjut!
Apa yang berlaku di Palestin hari ini benar-benar menginsafkan kita. Terbayang anak-anak kecil menangis kehilangan keluarga dan ibu-bapa.Bila disebut tentang Palestin, pasti kita terbayangkan keindahan masjid yang terletak di tanah Palestin yang menjadi simbol sejarah buat umat Islam.
Disebut dalam Al-Quran, sebagai salah sebuah masjid yang penting dalam agama Islam, banyak keistimewaan lain bagi masjid suci ini yang perlu diambil tahu supaya kita mengenali sejarah Islam dengan lebih mendalam.
Al-Aqsa merupakan masjid kedua di dalam kehidupan manusia dan telah wujud sejak adanya Nabi Adam A.S, kompleks seluas 144.000 meter persegi yang berada di Kota Lama Yerusalem ini juga dikatakan telah dibina semula oleh Nabi Sulaiman AS.
Jom ketahui keistimewaannya!
1.Tempat hijrah para Nabi,Rasul
Allah SWT memberitahu kita bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tempat para Nabi dan Rasul berhijrah. Seperti ayat yang Allah berfirman:
وَنَجَّيْنَٰهُ وَلُوطًا إِلَى ٱلْأَرْضِ ٱلَّتِى بَٰرَكْنَا فِيه َا لِلْعَٰلَمِينَ
Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke negeri yang telah Kami berkati untuk seluruh manusia. (QS. al-Anbiya ayat 71)
2.Tempat suci dari dosa, syirik
يٰقَوْمِ ادْخُلُوا الْاَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِيْ كَتَبَ اللّٰهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوْا عَلٰٓى اَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوْا خٰسِرِيْنَ
Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut akan musuh), maka kamulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Maidah ayat 21)
3.Termasuk dalam tiga masjid yang boleh dituju untuk beribadat
Berdasarkan hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
لا تشد الرحال إلا ثلاثة مساجد: المسجد الحرام والمسجد الاقصى ومسجدي
Jangan bepergian kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku (Masjid Nabawi). (HR Bukhari dan Muslim)
4.Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah
Barro bin ‘Azib berkata:
InsyaAllah شرشهرا، ثم صرفه نحو القبلة
Kami solat bersama Nabi dan menghadap BaitulMaqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Kemudian Nabi mengubah arah kiblat (ke Kaabah). (HR Bukhari dan Muslim)
5.Tempat singgah dalam perjalanan Rasulullah SAW semasa Isra Mi’raj
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah didatangi oleh sebuah kenderaan Buraq, seekor binatang putih yang tinggi, lebih tinggi dari keldai dan di bawah Bighal, laju langkahnya sepantas sekelip mata. . Kemudian saya mendakinya sehingga saya sampai ke Baitul Maqdis.” (HR Muslim)
Jangan kita putus untuk mendoakan kesejahteraan dan perlindungan rakyat Palestin di sana. Amin…