Denggi: 5 Cara Berkesan untuk Lindungi Diri & Keluarga
Denggi merupakan antara penyakit yang biasa kita dengar tetapi boleh membahayakan kita. Tambahan pula pada musim hujan sekarang ni, penyakit ini boleh menjadi ancaman buat kita kerana banyak takungan air setelah hujan.
Jom kita ambil langkah melindungi diri dan keluarga dari demam denggi dengan beberapa cara yang berkesan. Berikut adalah lima langkah yang boleh anda ambil:
Menghapuskan Tempat Pembiakan Nyamuk
Nyamuk Aedes bertelur dalam air yang bertakung dan ia hanya mengambil tujuh hingga sepuluh hari dari masa telur menetas sehingga ia menjadi nyamuk dewasa. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk mencegah Denggi, terutamanya di dalam rumah, adalah dengan memastikan bahawa tiada tempat pembiakan nyamuk.
Anda boleh:
- Menutup bekas air dengan penutup atau jaring dawai halus untuk memastikan bahawa nyamuk tidak dapat bertelur dalam air.
- Membersihkan pasu tanaman, pasu bunga, bekas plastik, bekas minuman haiwan peliharaan, saliran atap dan longkang dengan kerap – didapati bahawa penutup botol minuman yang dibuang pun boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
- Menggunakan serbuk Abate dalam tangki air atau bekas tadahan air yang lain. Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization mengesyorkan penggunaan Abate (1SG) jenis consumer-grade dalam sukatan yang secukupnya untuk merawat bekas air yang mungkin terdedah kepada nyamuk.
- Menyimpan atau membuang bekas yang mampu menakung air.
Gunakan Pakaian yang menutupi badan
Anda juga boleh memakai baju berlengan panjang serta seluar panjang, dalam warna yang neutral seperti perang muda, putih dan kelabu muda. Untuk perlindungan berlebihan, masukkan hujung seluar anda ke dalam sarung kaki dan pakai baju yang berkolar. Jangan lupa untuk turut memakai penyembur nyamuk pada baju.
Gunakan Repellent Nyamuk
Sapukan penghalau serangga atau nyamuk pada badan anda semasa dalam perjalanan atau semasa anda berada di dalam rumah.
Untuk bayi dan kanak-kanak, anda boleh mendapatkan tampalan antinyamuk, pita atau kain lap dari farmasi.
Tingkatkan Kesedaran
Beritahu diri sendiri dan keluarga tentang gejala demam denggi seperti demam tinggi, sakit kepala, dan ruam. Jika seseorang mengalami gejala tersebut, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang segera.
Jangan ambil mudah dengan demam denggi ini. Ia boleh menjadi masalah serius serta merahut nyawa. Jadi, ambil langkah-langkah ini penting untuk melindungi diri dan keluarga anda daripada penyakit ini. Semoga bermanfaat!