
Kahwin Dah Lama Tapi tak sebulu? Ini 5 Puncanya!
Kahwin atau perkahwinan adalah impian semua orang. Tapi, bila ada saja benda tak kena, perkahwinan pun jadi suram, dingin dan tak ada keindahannya.
Bila difikirkan kembali, masa bercinta dulu semua nya elok je. Tapi bila dah kahwin, lain pula jadinya. Kenapa boleh berlaku?
Jom ketahui puncanya!
Punca-punca Suami Isteri ‘Tak Sebulu’
- Perbezaan Pendapat
Kadang-kadang apabila menjalani hubungan untuk jangka masa yang panjang, terutamanya perkahwinan, anda mungkin sedar bahawa terdapat perbezaan pendapat antara anda dan pasangan. Sama ada dalam hal seperti hobi, pekerjaan, persahabatan, atau gaya hidup.
Sebaiknya, anda dan pasangan renungkan kembali perbezaan dan belajar untuk ‘adapt’ dengan mendalami minat pasangan anda. Kan lagi seronok kalau minat kita sama dengan pasangan.
- Cemburu
Rasa cemburu memang lumrah untuk dirasai, tetapi perasaan cemburu yang melampau boleh menjadi punca utama pertengkaran.
Tenang… jangan main serbu je. Apa kata, tanya dulu. Bincang baik-baik. Jangan disebabkan rasa cemburu yang dikuasai, rosak hubungan anda suami isteri. Belajarlah fahami situasi, baru rumah tangga harmoni!
- Keutamaan
Perbezaan dalam keutamaan sering menyebabkan konflik dalam pasangan, terutamanya jika keutamaan anda dan pasangan tidak sehaluan. Misalnya, dia memberi keutamaan kepada hubungan, manakala anda memberi keutamaan kepada kerja.
Penting untuk berbincang tentang nilai dan keutamaan masing-masing untuk memastikan kefahaman dan kesepakatan dalam hubungan.
- Tekanan
Tekanan emosi juga boleh menyebabkan pertengkaran dalam hubungan pasangan suami isteri. Seseorang mungkin meluahkan amarah akibat tekanan di tempat kerja atau masalah keluarga.
Jika anda merasakan tekanan ini mengganggu, lebih baik beritahu pasangan dan beri ruang untuk sementara waktu sehingga fikiran mereka kembali tenang, mengelakkan gangguan dalam hubungan romantik.
- Wang
Pertengkaran berkaitan dengan wang tidak hanya berlaku dalam perkahwinan. Namun, sebaiknya pelan baik-baik kewangan anda dan pasangan dan jangan membazir pada benda yang tidak penting.
Tiada salahnya juga sekiranya anda ringankan bebanan pasangan anda dengan membantu apa yang patut. InsyaAllah, rezeki pun melimpah jika kita ikhlas dan redha membantu pasangan kita.
Semoga bermanfaat! ☺️