Atasi Masalah Sakit Gigi dengan Petua Tradisional ni!
“Aduh! Sakitnya gigi. Macam mana cara nak hilangkan sakit gigi ni?”
Masalah sakit gigi memang boleh mengganggu aktiviti harian, kadangkala nak tidur malam pun tak boleh. Bemacam-macam cara dan petua dah dicuba, tapi sakitanya tetap lagi sama dan berlarutan hingga beberapa hari. Bila situasi begini dah terjadi, tak ada benda lain yang kita terfikir selain berjumpa dengan doktor gigi dan makan ubat tahan sakit saja. Tapi, kedua-duanya pun melibatkan kos dan keberanian juga jika kita punyai perasaan takut untuk diperiksa doktor gigi.
Tak perlu nervous dan takut lagi! Jom ikuti tips hilangkan sakit gigi secara tradisional untuk anda cuba redakan sakit tersebut.
1. TOMATO
Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi ke dalam gigi yang sakit. Biarkan seketika dan kumur.
2. ASAM JAWA
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam dalam daun pisang.Tumbuk kesemua bahan hingga halus. Kemudian tempelkan pada gigi yang sakit.
3. GARAM
Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat. Biarkan seketika sehingga suam dan kumur untuk meredakan sakit gigi.
4. BUNGA CENGKIH
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
5. KAPUR SIREH
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Selain itu, boleh juga kunyah sirih yang dicampur dengan kapur. Dengan cara, ini sakit gigi akan berkurangan.
6. DAUN SIRIH
Ambil 10 helai daun sirih tua dan rebus sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan tapiskan. Kumur menggunakan air rebusan daun sirih dan sakit gigi akan reda.
7. ALOE VERA
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Sakit gigi akan berkurangan dalam masa dua hingga tiga jam.
8. DAUN SERAI
Ambil daun serai dan tumbuk sehingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini
hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.
9. LIMAU NIPIS
Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan sehingga suam dan
kumur menggunakan air itu sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakit gigi berkurangan.
10. BAWANG PUTIH
Hiris bawang putih dan tampalkan pada gigi yang sakit. Untuk mendapatkan kesan yang mustajab, biarkan selama sekurang- kurangnya satu jam.
Mudah je kan? Selamat mencuba!