
Bahana Gastrik! Penghalang Ibadah di Bulan Ramadan
Gastrik merupakan penyakit yang sinonim dengan masyarakat kita terutamanya di bulan Ramadan.
Sebenarnya istilah ‘gastrik’ ini merujuk kepada perut di dalam perubatan.
Namun, disebabkan penggunaan nama tersebut amat meluas di Malaysia, doktor turut menggunakan istilah sama bagi memudahkan pemahaman pesakit dan untuk mengelak timbul kekeliruan.
Jadi, apakah nama sebenar penyakit ini?
Namanya ialah ‘gastritis’.
Penyakit gastrik angin atau gastritis ini terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
- Gastritis ringan
- Gastritis berat
- Ulser gastrik (peptic ulcer)
6 simptom utama yang menjurus kepada penyakit ini seperti :
- Senak perut akibat ketidakhadaman makanan
- Pedih ulu hati
- Hilang selera makan
- Perut kembung
- Loya dan muntah
- Badan lemah dan lesu
Gastritis atau gastrik angin ini boleh dialami oleh setiap individu. Bagi penghidap masalah gastrik ini bakal menjadi satu cabaran bagi mereka tatkala berpuasa di bulan Ramadan. Bulan Ramadan yang terdapat padanya 1000 kali keberkatan dan keistimewaan mungkin menjadi kerisauan terbesar kepada penghidap penyakit gastrik ini. Sebenarnya, penyakit ini boleh diatasi dengan kaedah tertentu bagi mengurangkan risiko serangan penyakit ini ketika berpuasa di bulan Ramadan.
Antara kaedahnya ialah:
- Hindari makanan berasid, bergoreng, pedas, dan tinggi lemak, terutamanya ketika perut kosong iaitu ketika berbuka dan bersahur
- Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Terutamanya ketika bersahur dan berbuka.
- Banyakkan minum susu. Kandungan susu yang bersifat alkali dapat mengurangkan keasidan perut. Tapi, jangan minum tenusu ketika perut kosong.
- Jika gastritis terjadi kerana ubat NSAIDs, cuba berbincang dengan doktor.
- Berhenti merokok
- Latih cara pernafasan.
- Elak stress dengan amalkan kaedah deep breathing.
Stress antara punca gastrik ini berlaku. Apabila stress, otak akan menerima isyarat dan banyak hormon kortisol di rembes dari kelenjar tertentu di dalam tubuh. Hormon kortisol akan merangsang sel-sel di perut untuk menghasilkan banyak jus gastrik yang sifatnya berasid. Dalam masa yang sama, ketika sedang stress kita akan kurang makan dan perut kosong. seterusnya, asid tadi akan menyebabkan pedih dada dan lama kelamaan ia boleh menghakis dinding perut.
Jadi, dengan mengamalkan kaedah ‘deep breathing’, akan bantu menenangkan diri semasa stress.
Peliharalah tubuh anda!
Jadikan makanan tambahan kesihatan seperti sebagai sahabat baik kesihatan anda!
Nutrisi yang terkandung dapat membantu anda dapat memberikan bantuan sokongan kepada diri anda bagi mengatasi masalah gastrik ini.
Antara ikhtiar yang boleh dicadangkan untuk merawat masalah gastritis adalah dengan pengamalan makanan kesihatan seperti berikut.
- Minyak Habbatus Sauda &

Minyak Habbatus Sauda & Madu Gandingan Habbatus Sauda dan Madu merupakan gandingan yang sangat baik untuk melindungi permukaan dinding dalam perut dari asid yang pekat.Anda digalakkan mengamalkan 1 sudu teh Madu bersama 5-7 titis Habbatus Sauda sebelum bersahur atau boleh juga bancuhkan keduanya di dalam segelas air 200ml sebelum makan di waktu bersahur ataupun sebelum tidur di waktu malam.
- Minyak Zaitun

Minyak Zaitun Minyak Zaitun seperti yang kita ketahui mempunyai kandungan lemak baik untuk meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien di mana ia melepaskan asid gastrik perlahan-lahan selain membantu pengeluaran hempedu yang optimum.Anda disarankan untuk makan Minyak Zaitun sebanyak satu sudu besar sebelum bersahur dan satu sudu besar sebelum tidur.
- &
- Cuka Tin yang bersifat masam pastinya menggusarkan pengguna tentang keberkesanannya merawat masalah gastritis.Namun, jangan risau kerana rasa masam dan berminyak hasil dari asid asetik yang semulajadi dari buah Tin akan memberikan manfaat manakala pengambilan cuka sintetik dari bahan ciptaan manusia pula memudaratkan.Bancuhkan satu sudu besar Cuka Tin dan satu sudu kecil Madu yang dilarutkan dalam segelas air kosong satu ke dua kali sehari selepas berbuka serta sepanjang menunaikan Solat Terawih.
Insya-Allah dengan ikhtiar ini akan membantu merawat masalah gastritis terutamanya ketika kita berpuasa pada bulan Ramadan ini.
Dapatkananda sekarang!


