Bau Durian Melekat Dalam Kereta? Cuba Petua Ini!
“Fuhhh… semerbak bau Durian dalam kereta!”
Musim durian ni, memang pantang nampak gerai tepi jalan yang jual durian berlonggok-longgok. Confirm berhenti. Borong pulak berbiji-biji, sampai penuh bonet kereta. Itulah situasi biasa yang kita selalu lihat kan?
Keesokan harinya bila masuk je kereta, tudiaaa baru durian. Boleh pening kepala jadinya! Mula lah kita sembur pewangi dan macam-macam bau-bauan untuk hilangkan bau durian. Tapi, baunya semakin kuat pulak…
Jangan pening-pening! Jom cuba petua-petua ini untuk membantu menghilangkan bau durian dalam kereta anda!
1. Serbuk kopi
Bungkus serbuk kopi dalam kain atau gunakan kopi uncang dan letakkan di dalam kereta.
Aroma yang dikeluarkan kopi akan menyerap segala bau durian atau segala jenis bau busuk lain dalam kereta.
Biasanya, kopi sering digunakan oleh kedai-kedai menjual minyak wangi berjenama bagi tujuan meneutralkan bau pada hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda untuk dicuba.
2. Cuka
Letakkan semangkuk cuka dalam but kereta sebelum ditinggalkan kereta bertutup.
Bau cuka yang sifatnya berasid boleh menghilangkan bau durian.
Selain itu, cuka juga berfungsi untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan kereta kerana baunya.
Anda juga boleh gunakan tip ini bagi mengelakkan daripada terkena najis kucing di sekitar kereta sebelum menaiki kenderaan.
3. Roti putih
Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari.
Roti dapat berfungsi menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras.
4. Arang
Jika anda tiada barang-barang di atas, and juga boleh gunakan arang untuk ditinggalkan dalam kereta.
Arang berfungsi untuk menyerap bau dalam kereta selepas ditinggalkan beberapa hari.
Bahan bakar tersebut masih boleh digunakan untuk membakar atau majlis barbeku (BBQ) setelah dikeluarkan dari kereta.
5. Serbuk Penaik (baking soda)
Eh, serbuk penaik bukan ke untuk makanan?
Haa… kalau nak tahu, serbuk penaik juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang enak termasuklah kenderaan anda.
Anda boleh cuba letakkan semangkuk serbuk penaik di dalam kereta anda. InsyaAllah, bau tersebut dapat membantu menghilangkan bau yang tidak enak dalam kenderaan anda.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Beringat-ingat juga supaya kawal pengambilan durian lebih-lebih lagi pada musim panas ini ya! 😀