
Berlari Boleh Buat Anda Cantik & Bahagia ?
Sebelum pandemik COVID-19 bermula, banyak acara larian dianjurkan bagi mempromosikan gaya hidup sihat, terutamanya dalam kalangan warga bandar. Lama kelamaan, aktiviti ini semakin popular dan ramai yang mula jatuh cinta dengan berlari. Mula-mula mungkin mahu mengikut trend, tapi akhirnya menjadi hobi masa senggang.
Biarpun kini situasi sudah berbeza, masih ramai yang mencuri masa untuk berlari. Mana kan tidak, jika tidak berlari, tubuh badan rasa tidak enak, serba tak kena dibuatnya. Mengapa begitu? Sebabnya, berlari atau jogging secara rutin boleh memberikan banyak manfaat kesihatan kepada tubuh badan, baik kesihatan fizikal mahupun kesihatan mental. Lantas membuatkan anda tampil cantik dan bahagia. Berikut antara manfaat yang boleh anda nikmati jika setia mengamalkan aktiviti senaman paling sederhana, mudah dan paling murah untuk dilakukan ini.
1) Menurunkan berat badan
Jika anda mahu menurunkan berat badan, senaman kardio ini sangat disarankan kerana ia mampu membakar lemak dengan cepat. Selain itu, ia juga boleh mengawal berat badan anda secara konsisten. Berlari atau jogging juga termasuk di antara senaman yang bagus untuk mengecilkan perut. Jika mahu membakar lebih banyak kalori, tingkatkan kelajuan dan jarak larian anda.
2) Mencipta bahagia
Menurut sebuah kajian, berlari mampu merangsang tubuh untuk meningkatkan produksi hormon endocannabinoid dalam jumlah yang besar.
Endocannabinoid adalah hormon yang bertugas membuat anda merasa senang. Hormon ini didakwa memiliki efek euforia yang lebih kuat berbanding endorfin memandangkan endocannabinoid boleh dihasilkan di pelbagai sel tubuh. Atas sebab itulah, sesetengah pakar menyarankan kepada mereka yang menderitai depresi supaya berlari kerana ia dapat meningkatkan mood dengan segera.
3) Mencegah osteoporosis
Berlari dapat mempercepatkan pembentukan sel-sel tulang baharu, sekaligus menjadikan tulang anda menjadi lebih kuat dan menurunkan risiko terkena osteoporosis.
4) Membantu perkembangan otak
Berlari boleh membantu menajamkan ingatan serta perkembangan otak. Sebuah kajian di Harvard membuktikan ada kaitan di antara aktiviti berlari dengan peningkatan memori. Kaji selidik kreativiti yang dijalankan di Rhode Island College juga menunjukkan berlari meningkatkan kreativiti dan konsentrasi sehingga dua jam selepas senaman. Sebab itu ramai yang suka memulakan hari dengan berlari kerana mereka mendapati fikiran lebih fokus dan akhirnya lebih produktiviti meningkat.
5) Menurunkan risiko serangan jantung
Apabila anda berlari secara rutin, tahap HDL atau kolesterol yang baik di dalam darah akan meningkat. Kajian mendapati mereka yang berlari secara teratur dan lebih dari 50 minit seminggu boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
6) Awet Muda
Cuba anda perhatikan, di antara rakan-rakan atau ahli keluarga yang selalu bersenam dengan yang tidak, siapa yang nampak lebih muda? Cuba anda lihat pula gaya hidup mereka. Pasti mereka selalu bersenam. Berlari juga boleh buat anda tampil awet muda. Ini kerana apabila anda berpeluh, semua racun atau toksik akan keluar melalui pori-pori kulit. Ini membantu anda terlihat lebih muda dan memiliki kulit yang sempurna.
7) Tidur lebih nyenyak
Jika anda sukar melelapkan mata di malam hari atau berhadapan dengan masalah insomnia, berlari mungkin boleh menyelesaikan masalah ini. Menurut kajian di Northwestern Medicine, aktiviti berlari dapat mengurangkan dan akhirnya menyembuhkan insomnia.
Untuk mendapatkan semua manfaat dan hasil yang maksimum daripada berlari, pastikan anda lakukannya dengan betul. Ikuti tips berikut:
* Pilih dan gunakanlah kasut berlari yang tepat dan sesuai dengan saiz kaki agar tidak mengundang kecederaan pada kaki.
* Lakukan pemanasan sebelum lari.
* Sebelum berlari, berjalan dahulu selama lima minit atau lebih.
* Kemudian mulalah berlari dengan intensiti perlahan dan tingkatkan kelajuan dari masa ke masa.
* Selesai berlari, jangan lupa lakukan pendinginan (cool down) dengan berjalan perlahan-lahan agar degupan jantung kembali normal.
Larian Ambang Merdeka 2023
Bagi yang merindui acara larian dan ingin menambah koleksi medal serta jersi larian, apa kata anda serta Larian Ambang Merdeka 2023 yang bakal dianjurkan pada 30 Ogos 2023. Program ini adalah anjuran Olive House dan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta Menara Alor Setar. Ia adalah FunRun sejauh 7km. Jangan risau, jikalau anda bukan atlet mahupun pelari yang professional, anda boleh juga untuk serta program ini kerana ianya terbuka kepada smua orang dan lapisan masyarakat.
Jom daftar sekarang sekarang dengan hanya klik link ini –> Jom Join FunRun 7km
Acara Larian ini hanyalah RM 55.00 sahaja dan anda akan memperolehi race kit yang berupa T-shirt, Medal, Bib Number, Goodies Bag, Refreshment dan Insurans.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus Whatsapp ke Akhyar- (013-5158136) dan Suffia – (019-7439958). Jom lari dan jadikan hidup kita lebih sihat dan cantik serta bahagia!
Jom daftar sekarang sekarang dengan hanya klik link ini –> Jom Join FunRun 7km
Jom daftar sekarang sekarang dengan hanya klik link ini –> Jom Join FunRun 7km
Jom daftar sekarang sekarang dengan hanya klik link ini –> Jom Join FunRun 7km