Talasemia Punca Tak Jadi Kahwin? Ini Sebabnya!
Baru-baru ini, viral kisah tentang seorang doktor yang terpaksa putus tunang disebabkan Talasemia. Siapa sangka…disebabkan kedua-dua pasangan merupakan pembawa Talasemia, impian mereka untuk naik pelamin terkubur begitu saja.
Kenapa sampai begitu sekali? Kenapa sampai tak boleh kahwin? Apa itu Talasemia?
Jom ketahui definisi, sebab-sebab serta kesannya.
APA ITU TALASEMIA?
Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang diwarisi. Jika anda menghidap penyakit ini, badan anda mengalami kekurangan sel darah merah dan juga hemoglobin daripada yang sepatutnya.
Hemoglobin sangat penting kerana ia membolehkan sel darah merah anda membawa oksigen ke semua bahagian tubuh.
Disebabkan keadaan ini, individu yang menghidap Talasemia juga mungkin mengalami anemia yang menyebabkan mereka berasa letih.
Seseorang yang mengalami Talasemia ringan mungkin tidak mempunyai gejala atau hanya bergejala ringan. Mereka mungkin tidak memerlukan rawatan.
Manakala bagi individu yang mengalami Talasemia yang teruk, mereka memerlukan rawatan perubatan.
SIMPTOM-SIMPTOM TALASEMIA
Talasemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada:
- Perkembangan yang perlahan dalam kalangan kanak-kanak
- Talasemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada: tulang yang lebar atau rapuh
- Limpa yang membesar (organ dalam perut yang berfungsi menapis darah dan melawan penyakit)
- Mengalami keletihan
- Badan menjadi lemah
- Kulit menjadi pucat atau kuning
- Air kencing menjadi gelap atau keruh
- Kurang selera makan
- Mengalami masalah jantung
Bagi sesetengah individu, Talasemia menyebabkan pembentukan yang tidak normal pada: sejak lahir.
Manakala untuk individu yang lain, ia mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun sebelum sebarang simptom mula muncul.
Malah, ada juga penghidap penyakit Talasemia yang tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.
KESAN JIKA KEDUA-DUA PASANGAN PEMBAWA TALASEMIA
Berbalik pada kisah pasangan viral yang terpaksa putus tunang disebabkan penyakit ini, ramai tertanya. Apa perlunya hubungan diputuskan sebelum nekad untuk berkahwin? Ini jawapannya!
Penyakit Talasemia adalah penyakit genetik. Ia berlaku apabila anda mewarisi gen bermutasi daripada ibu bapa yang mengubah haemoglobin darah anda.
Seseorang akan mengalami Talasemia sejak lahir. Apabila dua pembawa penyakit Talasemia berkahwin, mereka mempunyai risiko setinggi 25% untuk mendapat bayi yang mempunyai masalah Talasemia.
Malah, pasangan yang menjadi pembawa kepada genetik penyakit itu akan memberi kesan Talasemia Major terhadap anak yang dilahirkan oleh pasangan berkenaan.
Oleh sebab itu, pasangan yang ingin berkahwin, perlu membuat keputusan bagi memastikan anak mereka kelak mempunyai tahap kesihatan yang optimum.
Perbincangan perlu dibuat dengan matang dan fikirkan kesannya terhadap semua pihak. Kepada mereka yang ingin meneruskan perkahwinan, jangan lupa untuk melalui ujian saringan Talasemia setiap kali anda mengandung.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta pencerahan yang jelas untuk anda! 🙂