Blockout 2024 untuk Rafah
Siapa sangka acara fesyen terkemuka yang sentiasa ditunggu-tunggu ramai, Met Gala kini menjadi pencetus untuk gerakan aktivis di media sosial.
Menurut Associated Press, tentera Israel membuat pengumuman bahawa mereka akan memasuki ke kawasan Rafah, dimana lebih daripada sejuta rakyat Palestin ditempatkan sejak 7 Oktober 2023. Ini termasuk bilangan kanak-kanak yang melebihi 600,000.
Kontra yang sangat ketara ini menjadi pemicu pengguna media sosial untuk menggunakan hashtag #BLOCKOUT2024 dan #CelebrityBlocklist di TikTok dalam usaha untuk menunjukkan jurang antara selebriti-selebriti ternama yang sedang menunjukkan kekayaan mereka di Met Gala tetapi hanya berdiam diri terhadap masalah dunia yang kritikal.
‘Operation Blockout’ seperti mana ianya digelar diadakan dengan bertujuan untuk memboikot mana-mana artis, penyanyi, pelakon, wartawan ataupun mana-mana sahaja nama-nama besar termasuk syarikat-syarikat yang tidak menggunakan kelebihan mereka untuk menyuarakan tentang Palestin.
Penggunaan audio TIKTOK “Let them eat cake” oleh Haylee, seorang pempengaruh di TIKTOK telah menyemarakkan lagi kemarahan para aktivis dan pro Palestin kerana tidak sensitif terhadap isu kemanusiaan yang dihadapi oleh saudara-saudara di Palestin yang sedang ditindas, dibom dan juga dibunuh dengan kejam oleh zionis.
“Let them eat cake” dianggap tidak sensitif kerana ianya dikaitkan dengan seorang pemaisuri France suatu ketika dahulu, Marie Antoinette dimana beliau dipercayai mengeluarkan kata-kata tersebut sewaktu beliau diberitahu bahawa rakyatnya tidak mempunyai makanan untuk dimakan. Ianya menunjukkan beliau tidak sensitif terhadap apa yang sedang berlaku kepada rakyatnya.
Pempengaruh di media sosial mengeluarkan senarai-senarai artis dan juga nama-nama besar dalam industri untuk diboikot.
“Cara paling laju untuk menjatuhkan mereka adalah dengan tidak memberikan mereka duit!” kata seorang pengguna platform X.
“Viva la revolución” sahut seorang lagi.
Seorang pengguna platform X berkata-kata “#blockout20204 ini adalah suatu strategi yang penting. Para penyanyi, pelakon, artis dan pempengaruh ini berlagak seperti tiada pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku dan memberi sumbangan kepada kematian orang Palestin dan jenayah Israel. Kita bukannya hidup di dunia yang berlainan. Mereka TAHU apa yang sedang berlaku”
“Sudah tiba masanya untuk kita lakukan “digital guillotine”, ataupun “digittine”. Block selebriti-selebriti, pempengaruh dan golongan-golongan yang kaya raya ini tapi tak tidak menggunakan sumber mereka untuk membantu mereka yang memerlukannya (Palestin)” ujar seorang lagi pengguna aktivis.
Kadar kematian akibat serangan Israel if Gaza telah melebihi 34,500 berdasarkan The Associated Press, tetapi jumlah kadar kematian yang sebenar masih belum dapat diketahui oleh kerana kemusnahan infrastruktur bangunan termasuk bangunan perbadanan kerajaan, universiti dan juga hospital.