Bukan Semua Minyak Zaitun Boleh Dibuat Masak! Jom Ketahui Kategorinya
Bila nak diet atau bercita-cita nak ‘eat clean’, benda pertama yang kita ganti dalam masakan mestilah minyak masak yang kita gunakan. Minyak zaitun sering dijadikan sebagai alternatif terbaik dalam masakan ketika diet.
Bermacam-macam resepi dimasak asalkan menggunakan minyak zaitun. Tapi… bukan semua minyak zaitun boleh digunakan untuk memasak tau! Minyak zaitun ni ada pelbagai jenis.
Haa…sebelum membeli, baik periksa dan ambil tahu dahulu kegunaan minyak zaitun tersebut sebelum menggunakannya.
Jom terokai kategori dan kegunaan minyak zaitun ini!
Extra-Virgin Olive Oil
Minyak zaitun Extra-virgin adalah yang terbaik di antara semua jenis. Ia diekstrak secara mekanikal dengan kaedah ‘cold-pressed’, memastikan rasa dan aroma semula jadi terpelihara. Ia sering digunakan untuk tujuan kesihatan dan dressing salad, tetapi tidak disarankan untuk deep fry kerana ia boleh mengurangkan khasiat dan nutrisi minyak.
Virgin Olive Oil
Virgin Olive Oil sama prosesnya seperti Extra Virgin Olive Oil, unrefined, pemanasan atau menggunakan bahan kimia. Kualitinya lebih rendah, keasidan bebas hingga 2.0%, warna kuning kehijauan, dan rasa lebih ringan. Digunakan untuk makanan dengan api kecil dan perawatan kulit. Tidak sesuai untuk masakan berhaba tinggi.
Refined Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini diekstrak daripada buah zaitun hitam dan masak. Antara jenis lain, ia mempunyai jumlah paling sedikit minyak zaitun dara yang terkenal dengan faedah besarnya untuk mencegah kanser kolon. Jenis ‘lite’ ini kadangkala dipasarkan sebagai lebih baik daripada yang biasa, tetapi ia masih dianggap berkualiti rendah. Ia hanya baik untuk tujuan memasak, terutamanya yang melibatkan suhu tinggi.
Pure Olive Oil
Minyak ini dikatakan tulen, tetapi sebenarnya campuran minyak zaitun extra virgin atau virgin dengan minyak yang ditapis. Kaedah ini digunakan apabila kualiti pengekstrakan kurang memuaskan. Campuran ini meningkatkan kualiti dengan tambahan vitamin E dan rasa yang lebih baik. Ia sesuai digunakan untuk memasak, minyak urut badan serta penyediaan minyak herba.
Olive Pomace Oil
Jenis pomace adalah minyak zaitun kualiti paling rendah. Ia diekstrak daripada sisa yang tinggal selepas buah ditekan. Selepas buah-buahan sebenar ditekan, ia meninggalkan sisa yang mengandungi minyak dan air. Setelah air dan minyak dikeluarkan, sisa masih mengandungi sejumlah minyak dan boleh diekstrak.
Oleh kerana ia diekstrak hanya daripada sisa, minyak dara dicampur untuk membantu meningkatkan kualiti. Oleh itu, ia adalah yang paling murah di pasaran dan sesuai untuk tujuan mengilatkan perabot serta digunakan untuk masakan bersuhu tinggi.
Haa…jadi anda semua dah maklum kan mana satu minyak zaitun yang sesuai digunakan untuk memasak? Pastikan pilihan anda itu sesuai dan bertepatan dengan kegunaannya. Yang paling penting, minyak zaitun yang digunakan mestilah original dan berkualiti tau! 😉