Awas, Cuaca Panas Melampau Boleh Membawa Maut!
Panas, berkepam dan rimas. Inilah yang menjadi masalah besar yang sedang dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Iyalah, keadaan cuaca Malaysia kini semakin luar biasa, panas yang melampau di siang hari sampai malam pun masih terasa bahang panasnya!
Malah mengikut Jabatan Metrologi Malaysia (MET) keadaan panas ini boleh ke arah tahap maksimum iaitu 37 darjah Celcius dan dijangkakan berlarutan sehingga September 2022.
Hal ini sangat membimbangkan, kerana banyak kesan buruk terhadap kesihatan jika kita terlampau terdedah dengan cahaya panas dan haba yang tinggi ini. Persekitaran suhu atau cuaca yang terlampau panas boleh menyebabkan heat strain dan pelbagai penyakit-penyakit lain disebabkan cuaca panas ini.
Apakah Kesan Terhadap Penyakit Jika Terdedah Dengan Cuaca Panas?
Terdapat beberapa kesan apabila kita telah terdedah dengan cuaca panas ini, dan ia boleh berada pada tahap sederhana dan teruk.
- 1- Heat Syncope – Pitam atau pengsan akibat kepanasan
2- Heat Cramps – Kekejangan akibat dari cuaca panas
3- Heat Exhaustion – Kepenatan atau keletihan akibat cuaca panas
4- Heat Fatigue – Lesu dan letih yang melampau disebabkan cuaca panas.
Terdedah Dengan Cahaya Matahari Terlalu Lama Boleh Membawa Kematian?
Manakala, jika kita terlampau terdedah dengan cuaca panas yang panjang sehingga menyebabkan kesan yang teruk antaranya ialah:
1- Katarak Mata – Hal ini berlaku disebabkan sinaran matahari pada jangka masa panjang.
2- Kanser Kulit – Melanoma malignan, dan karsinoma.
3- Penuaan kulit
4- Gejala Rhabdo – Gejala dimana tisu otot yang rosak melepaskan protein dan elekrolit ke dalam darah kerana pergerakan fizikal di tengah cuaca panas.
5- Heat Stroke – Strok tahap paling serius sehingga suhu badan pesakit boleh menjangkau 40.28 darjah Celcius yang boleh membawa maut!
Apakah Pula Cara Untuk Kurangkan Kesan Panas Terhadap Kesihatan?
Bagi menempuhi cuaca panas melampau di negara kita ini, terdapat beberapa tips yang boleh membantu mengurangkan kesan buruk cuaca panas terhadap kesihatan kita, antaranya ialah:
1- Cuba pilih pakaian yang nipis, tidak terlampau tebal dan seboleh-bolehnya bermaterial 100% kapas.
2- Cuba hadkan diri melakukan aktiviti ‘outdoor’, namun jika terpaksa pakailah perlindungan seperti topi atau payung.
3- Jangan lupa pakai ‘sunscreen’ bagi mengurangkan risiko kerosakan kulit atau lebih teruk sehingga kanser kulit.
4– Pastikan pengambilan air kosong 8-10 gelas sehari atau 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan . Bersederhanalah dalam pengambilan air, jangan terkurang atau terlebih pula.
5- Jika terlampau panas, boleh amalkan untuk mandi lebih kerap dan bawa payung serta ‘portable fan’ kemana sahaja.
6- Kurangkan pengambilan minuman berkafein dan tinggi gula terutama apabila keluar beraktiviti di tengah panas! Disamping dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit-penyakit yang lain.
Sentiasalah berwaspada dengan keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Janganlah disebabkan kita alpa maka kesihatan kita akan terjejas.
Sumber: Berita Harian dan Hello Doktor