
Habbatus Sauda Penawar Penyakit? Jom Ketahuinya!
Musim penyakit berjangkit datang lagi! Kalau sebelum ini, kita selalu saja berjaga-jaga daripada terkena jangkitan Covid-19. Tetapi sekarang, kes covid-19 semakin beransur perlahan. Datang pula musim penyakit berjangkit yang lain iaitu Influenza!
Alamak, habis satu…. datang pula lagi satu. Macam mana ni? Apa yang perlu kita buat untuk melindungi diri?
Haa…pernah tak dengar tentang khasiat Habbatus Sauda? Rupanya saja memang nampak halus. Tapi, kehebatan khasiatnya memang dasyat!
Dasyat dia tu, boleh menjadi penawar segala penyakit ke? Menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, benar… Habbatus Sauda ini memang terkandung khasiat yang dapat melindungi diri kita. Tapi dia bukanlah menjadi penawar bagi segala penyakit. Ia hanya dapat membantu merawat penyakit-penyakit tertentu sahaja.
Jom lihat apa penyakit yang dapat dirawat dengan mengamalkan Habbatus Sauda!
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Minyak habbatus sauda membantu menyokong fungsi imuniti serta mengurangkan risiko sindrom gangguan pernafasan kronik.

Minyak habbatus sauda membantu menurunkan tahap Fasting Blood Glucose dan HbA1c dengan ketara apabila digabungkan dengan ubat antidiabetik oral.
- Penjagaan jantung dan tekanan darah.
Minyak habbatus sauda membantu mempunyai kesan kardioprotektif dan anti-hipertensi pada tubuh manusia.
- Mengawal paras kolestrol
Minyak habbatus sauda membantu mengurangkan jumlah kolesterol dan kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dengan ketara dan meningkatkan kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi.
5. Dapat membantu menurunkan berat badan
Satu kajian klinikal mengenai pengambilan Minyak Habbatussauda. Kajian ini melibatkan 90 orang wanita dengan masalah obesiti.
Mereka mengambil Minyak Habbatussauda sebanyak 20 titis (1ml), 3 kali sehari. Ia diambil selama 8 minggu. Hasilnya, ia menunjukkan kesan pengurangan berat badan termasuklah pengurangan ukur lilit pinggang.
Maksudnya kita boleh meyakini bahawa Minyak Habbatussauda ini dapat membantu masalah obesiti. Ia sangat sesuai diamalkan bagi mendapatkan berat badan ideal dan ukur lilit pinggang yang optimum!
Memang banyak kan khasiat dan kebaikan yang kita boleh dapat dengan mengamalkan Habbatus Sauda ni? Jadi, jom pelihara kesihatan diri dan keluarga dengan mengamalkan Habbatus Sauda dalam kehidupan kita. Pastikan yang Ori, barulah berkualiti! 😉