Haid Tidak Teratur, Awas Anda Mungkin Menghidapi Kanser Ovari!
Kita masih lagi berduka dengan pemergian Allahyarhamah Adibah Noor baru-baru ini yang disahkan menghidap penyakit kanser ovari tahap empat. Masih segar lagi gelagat Allahyarhamah Adibah Noor lagi-lagi beliau sangat aktif di dalam industri hiburan mahupun di media sosial.
Ramai tidak menyangka akan penyakit kanser ovari ini bahkan bapanya juga tidak tahu mengenai penyakit yang dihidapi beliau. Justeru itu, pemergian Allahyarhamah Adibah Noor ini sangat mengejutkan ramai pihak dan ramai mula cakna mengenai penyakit kanser ovari ini.
Apa Itu Penyakit Kanser Ovari?
Tahukah anda, kanser ovari ini merupakan kanser keempat tertinggi di kalangan wanita Malaysia. Kanser ovari ini merupakan kanser yang timbul daripada ovari. Ia timbul daripada permukaan ovari (epithelial cancer) dan sebahagian kecil berasal daripada sel-sel benih telur (germ cell cancer).
Kanser ovari sering dikaitkan dengan ‘penyakit misteri’ kerana tiada lagi fakta yang dapat merungkaikan punca sebenar kanser ovari ini. Kanser ovari ini sering dikaitkan dengan wanita yang mengalami akil baligh awal, lewat menopos dan wanita yang tidak pernah hamil.
Haid Tidak Teratur Antara Gejala Kanser Ovari?
Mengikut kajian, kanser ovari biasanya tidak mempunyai gejala spesifik lagi-lagi di peringkat awal. Oleh kerana itu, kebiasaannya penghidap penyakit ini kebiasaanya akan dikesan lewat iaitu di peringkat tiga dan empat. Namun ada beberapa gejala yang sering dikaitkan dengan kanser ovari ini, iaitu:
- Haid tidak teratur
- Sering mengalami kembung perut
- Asyik sembelit mahupun cirit birit
- Mengalami pendarahan di faraj (lagi-lagi apabila sudah menopous)
- Sering mengalami keputihan yang tidak normal
- Rasa kenyang dengan cepat semasa makan
- Kesakitan melampau di kawasan pelvis atau perut (kawasan di bawah perut dan di antara tulang pinggul)
Ambil Langkah Pantas, Cegah Kanser Ovari!
Tak lengkap jika tahu simptom kanser ovari ini tetapi tiada langkah pencegahan awal yang boleh dilaksanakan. Berikut merupakan langkah percegahan awal yang boleh diambil kira, lagi-lagi yang mempunyai sejarah penyakit keturunan kanser ovari ini:
1- Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan pelvis
Ujian pelvis boleh membantu untuk pakar memeriksa saiz, bentuk dan kosistensi ovari dan hal ini tidak boleh dicapai melalui ujian saringan Pap dan HPV.
2-Pembedahan Tubal Ligasi (Pembedahan buang ovari)
Bagi sesetengah individu yang mempunyai genetik penyakit kanser ovari ini, disarankan untuk membuat pembedahan tubal ligasi ini kerana ia boleh mengurangkan tahap risiko terkena penyakit ini.
3- Cakna dengan kesihatan diri
Apabila menghadapi gejala-gejala penyakit kanser ovari ini, disarankan untuk mendapatkan rawatan segera. Sentiasa ambil berat dan rasa tanggungjawab dengan tubuh badan anda.
4- Pengambilan makanan berkhasiat
Tabiat makanan yang baik juga boleh membantu dalam mencegah penyakit kanser ini termasuk kanser ovari.Menurut kajian daripada Nutrients, pengambilan makanan tinggi kadar antioksidan seperti yang terdapat di dalam buah beri, delima membantu dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Pengambilan buah delima atau jus delima dalam diet harian ini sangatlah digalakkan dalam mencegah penyakit kanser ovari ini.
Ingin dapatkan Jus Delima Olive House tanpa campuran dan diimport khas dari Azerbaijan,Turki boleh dapatkan di sini!
Kanser ovari ini tidak asing lagi dari masyarakat Malaysia. Tetapi tahap pengetahuan kita terhadap penyakit ini masih lagi rendah. Berwaspada dengan gejala-gejala awal dan dapatkan pemeriksaan awal! Ia sangatlah penting bagi mengelakkan penyakit ini semakin berlarutan. Awas para wanita semua, jaga diri!