Awas Ketika Rawat Luka di Rumah! Petua Rawat Luka Dengan Hanya Menggunakan Bahan-Bahan Di Rumah
Bila ada kemalangan berlaku di rumah pasti akan membuat anda panik kan? Lagi-lagi melibatkan anak-anak atau keadaan luka agak dalam dan serius. Jangan ambil mudah dalam merawat luka-luka ringan ini, salah cara boleh membahayakan diri dan keluarga!
Persediaan dan ilmu tersangatlah penting dalam merawat luka. Ada banyak cara dan bahan-bahan rumah yang boleh digunakan sebagai langkah awal merawat luka ringan di rumah ini. Oleh itu, kita seharusnya sentiasa bersedia dalam menghadapi kemalangan-kemalangan sebegini lagi-lagi melibatkan anak kecil atau pesakit yang mempunyai imun rendah.
Tips Mudah Merawat Luka Di Rumah
Jika terjadinya kemalangan di rumah, terdapat beberapa langkah awal yang anda boleh lakukan bagi merawat luka ringan ini, iaitu:
1-Cuci tangan. Pastikan tangan bersih sebelum memegang luka bagi mengelakkan penularan kuman terhadap luka tersebut.
2-Hentikan pendarahan. Boleh gunakan tuala bersih ataupun tekan di bahagian luka dengan tangan yang bersih.
3- Bersihkan luka. Bilas luka dengan air yang mengalir dan bersih. Pastikan tidak terdapat benda asing di luka bagi mengelakkan jangkitan kuman yang lebih serius.
4- Oleskan antibiotik. Letakkan antibiotik atau krim yang dapat melembapkan dan membantu menghilangkan parut.
5- Tutup luka. Boleh tutup luka dengan ‘plaster’, kain kasa tetapi jika lukanya tidak terlalu dalam boleh biarkan sahaja tanpa menutupinya.
6- Perhatikan perubahan luka. Selepas selesai ambil langkah berjaga-jaga, jika terdapat sebarang jangkitan serius seperti kemerah-merahan, bengkak, ataupun bernanah sila terus ke klinik berdekatan.
5 Barang Rumah Yang Cukup ‘Power’ Dalam Menyembuhkan Luka!
1- Uncang Teh
Pasti anda terkejut, uncang teh pun sangat baik dalam merawat luka kerana ia mempunyai asid tanin yang boleh membantu darah membeku dengan lebih cepat dan juga mengurangkan jangkitan terhadap luka.
Cara Menggunakannya – Boleh sejukkan uncang teh atau basahkan dan oleskan ke bahagian luka secara perlahan-lahan.
2- Ais
Pasti anda selalu lihat ais digunakan dalam perawatan malah turut digunakan dalam kecantikan. Ia, ais ini sangat popular dan dalam merawat luka ia sangat baik membantu mengecutkan salur darah dan membuat darah beku dengan lebih pantas.
Cara Menggunakannya – Setelah pendarahan berhenti boleh ikat luka dan letakkan ketulan ais dan tekan ke arah luka sekurang-kurangnya selamat 10 minit mengikut tahap luka tersebut.
3- Madu
Mengikut kajian dari artikel Wounds, madu mengandungi ciri-ciri antibakteria yang boleh mengelakkan dari terjadi jangkitan terhadap luka. Ia juga sangat baik dalam proses menyembuhkan luka tak kira luka terbuka mahupun tertutup.
Cara Menggunakannya – Hanya sapu madu di bahagian luka dan tutup dengan menggunakan kapas atau ‘plaster’. Ulang proses sekurang-kurangnya satu kali sehari. Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan Olive House sedia anda miliki. Boleh gunakan untuk pemakanan harian dan rawat luka anda. Dapatkan disini!
4- Lidah Buaya
Manfaat gel lidah buaya atau aloe vera memang tak boleh didangkal lagi. Telah digunakan berkurun lamanya dalam mengubati luka. Hal ini kerana gel lidah buaya mempunyai sifat tumbuhan seperti antioksidan, antiseptik, antiviral dan antibakteria.
Cara Menggunakannya- Seperti biasa hanya oles gel lidah buaya ini terhadap luka dan ia sangat baik untuk merawat parut yang terbentuk akibat luka. Oleh itu, jika ada luka lekas gunakan gel lidah buaya ini supaya parut tak terlampau gelap.
5- Habbatus Sauda
Habbatus Sauda ini dah jadi kebiasaan di setiap rumah ketika ini, kerana tahap versatil habbatus sauda ini dalam pemakanan sihat dan perawatan. Mengikut kajian daripada Int J Environ Res Public Health, dengan kandungan thymoquinone (TQ) yang bersifat anti radang, antioksidan dan juga anti bakteria sangatlah baik dalam proses penyembuhan luka.
Cara Menggunakannya– Bilas luka dengan air, lap sehingga kering dan oleskan minyak Habbatus Sauda di bahagian luka tersebut. Oh ya, nak cuba habbatus sauda yang organik dan dari kualiti premium diimport dari Turki, boleh cuba Minyak Habbatus Sauda Olive House ini. Boleh dapatkan di sini!
Tips Bonus!
Jeli petroleum & cecair pencuci mulut turut boleh digunakan sebagai bahan mengubati luka tetapi haruslah berwaspada dan sentiasa mendapat rujukan dari doktor sebelum menggunakannya!
Perawatan awal dan tindakan yang cepat sangat penting dalam menghadapi kemalangan seperti ini. Kita semua terutamanya ibu bapa seharusnya sentiasa bersedia dan tidak panik jika berlakunya kemalangan di rumah. Segera dapatkan rawatan dari klinik atau hospital jika terdapat jangkitan yang teruk. Awas ya!
Sumber: Hello Doktor dan Sinar Harian