
Hiduplah kita dengan 3 Perkara Ini
Setiap hari, ada manusia yang Tuhan ambil hidupnya dan dia mati.
Setiap hari juga ada manusia yang Tuhan masih berikan hidup ini.
Maka, setiap hari adalah masa untuk membaiki diri.
3 Perkara Tentang Hidup Ini
1. Bangun
Bangunlah dengan berterima kasih pada Tuhan atas peluang dihidupkan. Jika subuh ini terberat sekali untuk bangun, mohonlah kekuatan itu pada Tuhan.
Kerana berat nak bangun tu sebab beratnya dosa kita. Baca doa dan banyakkan istighfar. InsyaAllah kita akan mudah bangun subuh.
2. Syukur
Sebelum banyaknya perkara dan usaha yang kita nak buat, pertama sekali syukur. Syukur itu adalah berterima kasih dengan Tuhan dengan segala yang telah diberikan.
Syukur akan membuatkan Allah menambah lagi nikmat yang kita ada. Syukur membuatkan kita tenang walau bil-bil dan hutang ada banyak berlambak.
3. Teruskan hidup
Kalau kita tanya Tuhan kenapa masih hidupkan kita hari ini, adalah kerana Tuhan selalu nak memberikan yang paling baik buat kita.
Walau kita akan hadapi ujian di tempat kerja, ujian dengan suami, ujian dengan isteri, ujian dengan anak-anak dan sebagaimanya, Tuhan nak bagitahu bahawa Dia selalu ada dengan kita.
Saat lemah, Tuhan kuatkan lalu tanpa sedar kita dapat melalui hidup ini.
Hidup ini adalah tentang 3 perkara ini.
Hiduplah kita dengan izin dan kasih sayang Tuhan.
Kerana kasih sayang Allah itu, tak terbanding dengan kesakitan serta ujian yang kita lalui.
Kredit: Abu Hurairah Roslan