Jadi ‘Burung Hantu’ Sebab Nak ‘Balas Dendam’?
Banyak orang sekarang ni pilih untuk jadi ‘burung hantu,’ berjaga sampai lewat malam. Kadang-kadang lepas Subuh baru nak tidur. Ini semua sebab fenomena yang dikenali sebagai Revenge Bedtime Procrastination. Pernah tak korang rasa terpaksa berjaga untuk buat benda-benda yang tak sempat buat masa siang hari? Mesti ramai yang jawab “yes, pernah.”
Istilah ‘bedtime procrastination’ mula diperkenalkan dalam satu kajian pada tahun 2014. Tapi, penambahan perkataan ‘revenge’ ni mula popular di China. Orang kat sana kerja sampai 12 jam sehari. Jadi, berjaga lewat malam tu cara mereka nak rampas balik masa yang hilang masa siang. Kebanyakkan orang yang sengaja jadi burung hantu ni, mereka sedar ja kesan negatif tidur lambat. Tapi tetap degil nak buat jugak.
Fenomena ni jadi viral lepas satu tweet oleh wartawan Daphne K. Lee. Beliau berkata benda ni berlaku apabila “orang yang tak ada banyak kawalan ke atas hidup siang, mereka enggan tidur awal untuk dapatkan sedikit kebebasan pada waktu malam.”
Revenge Bedtime Procrastination ni tak kira umur atau kerja apa. Ramai yang kerja dari pagi sampai petang, balik rumah penat tapi tetap nak layan drama Korea, scroll TikTok, layan Netflix atau main game ML sampai lewat tengah malam. Semua ni sebab nak ‘balas dendam’ masa yang tak cukup siang hari. Bila masa siang penuh dengan tanggungjawab, tak kiralah kerja, study, atau jaga anak, masa malam jelah jadi satu-satunya waktu untuk enjoy ‘me time’.
Ada seorang kawan saya, nama Farah. Dia ada anak kecil, kerja full time lagi. Jadi, bila anak dah tidur, dia layan ‘me time’ dia dengan scroll TikTok sampai pukul 3 pagi. Esok tu bila kat ofis, mata melalok dah macam mayat hidup. Boleh dikatakan setiap pagi dia turun beli Zus Coffee kat bawah. Extra shot pulak tu. Bukan apa, badan dia tu kalau doktor bedah, rasanya dah penuh dengan caffeine jaa..
Bila kita tidur tak cukup, badan dan otak auto jadi penat. Mulalah rasa brain fogging. Rasa macam otak tak cukup oksigen. Nak fikir pun loading. Dah lah Internet pon loading, makin bertambah loading kerja. Produktiviti kerja pun terjejas. Bayangkan, kat ofis asyik menguap, mata tak larat nak celik, nak fokus pun tak boleh. Semua kerja jadi lambat, bos pun mula perasan kita tak perform.
Bila tegur confirm dibalas dengan “Okay ja ni, dah biasa tidur dua tiga jam, still steady maa.” Tapi hakikatnya, lama-lama boleh jatuh sakit. Sebuah kajian di Amerika Syarikat menunjukkan tidur tak cukup boleh dapat risiko penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
Ada juga satu kajian yang mengatakan wanita dan pelajar lebih cenderung untuk buat prokrastinasi tidur ni.
Ada beza tau Imsonia dengan Revenge Bedtime Procrastination ni. Ramai yang salah faham. Imsonia ni selalunya berlaku dekat orang yang memang susah nak lelap mata walaupun dah cuba macam-macam cara. Revenge Bedtime Procrastination ni pula mereka memang sengaja celik mata walaupun dah mengantuk.
Cuba susun semula jadual harian. Utamakan yang penting, tapi pada masa yang sama selit ‘me time’ jugak. Mungkin boleh cuba teknik simple ni. 30 minit sebelum tidur, letak tepi semua gajet. Jangan main phone, jangan scroll TikTok. Cuba baca buku atau dengar muzik yang tenang-tenang ja. Nak lagi cepat terlelap, baca buku Sejarah Tingkatan 5. Confirm 5 minit dah tertidur!
Jadi, lepas ni, jom kita semua try adjust balik rutin tidur. Tak payah nak revenge sangat, nanti badan sendiri yang merana.
Oleh: Aisyah Shuib