Kajian Menunjukkan ‘Sindrom Larva Emas’ Mendorong Self-Sabotaging
Kebanyakan doktor pakar bedah ni selalu elak untuk ambil risiko pembedahan lagi-lagi kalau risiko tu kurang dari lima peratus. Mereka ni cuma mahukan pembedahan yang “sempurna” ja. Sebenarnya, ia ada kaitan dengan ‘Sindrom Larva Emas’ yang dorong mereka ke arah self-sabotaging.
Sindrom ini bukan ja buat mereka nak kejar kesempurnaan, tapi tanpa sedar boleh buat mereka sabotaj diri sendiri. Contohnya, sebab takut gagal, mereka mungkin tak nak cuba teknik atau prosedur baru dalam pembedahan yang mungkin lagi bagus atau lagi berkesan untuk pesakit. Overthinking mereka ni extreme sangat, last-last rugikan diri sendiri dan pesakit jugak. Mereka ni lebih sukakan kestabilan dan kepastian.
Kadang-kadang, kebanyakan doktor pakar bedah ni lebih suka ‘play safe’ untuk jaga reputasi atau harga diri mereka. Mereka anggap satu ‘kecacatan kecil’ semasa pembedahan boleh rosakkan imej mereka. Ego dan self-esteem mereka memang tinggi tahap dewa!
Konteks di atas ni bukanlah nak merendahkan doktor pakar bedah atau nak cakap mereka ni tak konpeten. Ia cuma sebagai contoh untuk tunjukkan macam mana Sindrom Larva Emas boleh berlaku. Jangan salah faham.
Ada satu kajian yang dijalankan oleh Manfred F. R. Kets de Vries. ‘Stephen’ adalah contoh case study yang dikajinya.
Stephen ni memang ada potensi besar. Dia berjaya habiskan pengajian di universiti terkenal, lepas tu sambung MBA di sekolah perniagaan hebat. Dengan rekod cemerlang macam tu, tak hairanlah dia cepat dapat kerja kat syarikat kewangan elit.
Mula-mula, Stephen memang berjaya. Tapi, sayangnya kejayaan tu tak lama. Lepas buat beberapa keputusan yang kurang bijak, bos-bos dia mula hilang kepercayaan, dan karier dia pun mula goyah.
Dia cuba tukar syarikat lain, tapi nasib dia tetap tak berubah.
Jadi, apa yang buat Stephen ni tak capai potensi penuh dia? Kenapa dia asyik sabotaj diri sendiri ja?
Memang susah nak jawab, sebab ada macam-macam isu psikologi yang main peranan.
Salah satu sebab utama kenapa orang macam Stephen ni tersekat dalam hidup adalah sebab takut gagal. Mereka biasanya elak ambil risiko atau cuba benda baru kalau ada kemungkinan gagal. Ketakutan ni selalunya berpunca dari kegagalan lepas atau pengalaman malu dan rasa terhina.
Ketakutan tu boleh menyebabkan pelbagai masalah emosi dan psikologi, termasuk kebimbangan, serangan panik, dan kemurungan.
Pengalaman masa kecil pon main peranan besar kat sini. Ada yang takut kejayaan mereka tak dihargai. Ada jugak yang risau kalau terlalu menonjol sangat, nanti kena kecam pulak. Jadi, mereka lindungi diri dengan cara berhenti sebelum berjaya, atau buat benda yang sabotaj diri sendiri. Memang toxic gila.
Bayangkan, ada orang yang bukan saja takut gagal, tapi takut berjaya jugak. Lepas tu, tambah pulak dengan sindrom penipu (imposter syndrome). Orang macam ni selalu rasa diri mereka tak layak dengan kejayaan yang mereka dapat. Mereka akan cakap “alahh sebab nasib ja tuu..”
Perfeksionisme pun boleh buat keadaan jadi lagi teruk. Bila asyik cari pengiktirafan dari orang lain, mereka mula rasa cemas, murung, dan boleh sampai burnout. Mungkin masa kecil, mereka dibesarkan dalam suasana yang terlalu tekankan pencapaian dan buatkan mereka rasa nilai diri hanya bergantung pada kejayaan.
Ada jugak yang sabotaj diri sendiri sebab tak nak dewasa dan ambil tanggungjawab. Ini kita panggil sindrom Peter Pan. Orang macam ni suka hidup dalam ‘Neverland’. Suka elak semua cabaran dewasa, kurang motivasi, takut komitmen, dan tak minat dengan kerja. Bila ada masalah, mereka buat alasan atau salahkan orang lain pulak.
Akhirnya, mereka sendiri yang halang diri untuk berjaya, kekal dalam keadaan yang sama, dan tak pernah capai potensi penuh mereka.
Dekat sini kita boleh tengok yang perbuatan menghalang diri sendiri daripada berkembang adalah satu bentuk self-sabotaging yang boleh jadi ‘pembunuh senyap’ dalam kerjaya.
Macam ulat yang sepatutnya jadi rama-rama, orang berbakat macam Stephen ni semua orang berharap mereka boleh berkembang dan capai kejayaan besar dalam hidup. Tapi sayangnya, mereka tak pernah jadi rama-rama dan tak pernah kembangkan sayap.
Oleh: Aisyah Shuib