Jangan Biar Emosi Terganggu! Ketahui Pantang Larang Diabetes
“Stress lah hari ni. Syok jugak kalau dapat aiskrim”
Fuhhh, memang rasa lega betul kan bila time stres je, dapat benda manis, memang auto rasa lega.
Haa, nanti dulu… Anda semua pernah dengar tak tentang Pantang Larang diabetes?
Jangan ingat bersalin je ada pantang, diabetes pun ada pantang tau.
Kalau tak tahu, jom ketahuinya lebih lanjut!
Pantang Larang Diabetes
- Elakkan kondisi tidur yang tidak terurus
Kenapa orang selalu tidur lambat sedangkan tidur itu merupakan rehat? Apa pula kaitan tidur dengan diabetes? Orang yang tidurnya tidak terjaga atau tidak terurus ni biasanya mereka akan ambil kopi atau apa-apa yang menyegarkan, yang ada glucose base untuk memberikan tenaga.
Namun, apabila tiba waktu tidur, kita tidak menggunakan tenaga, jadi akan ada lebihan glukosa di dalam badan kita.
Lebihan glukosa tersebut boleh menyebabkan masalah kronik lain seperti lemak berkumpul serta kolesterol meningkat.
- Jaga tekanan atau emosi
Tekanan dan emosi ini mempunyai kait rapat dengan hormon kortisol iaitu hormon tekanan. Jadi, bila hormon kortisol tinggi, ia merujuk kepada penghasilan gulla yang banyak.
Ini kerana, bila kita tertekan, kita akan craving atau mengidam benda-benda yang manis di mana ia mempunyai insulin yang memberikan kira rasa kelegaan.
Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga waktu tidur, tidak mengambil manisan sebelum tidur serta jaga kesihatan mental anda untuk mengelakkan kencing manis daripada berlaku.
Semoga bermanfaat!