Tibi Kian Menular. Jom Kenali Simptomnya!
Tibi atau penyakit Tuberkolosis kini semakin menular di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, Penyakit Tuberkulosis (TB) merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan berdasarkan data survelan Tibi 20 tahun kebelakangan ini.
Jadi, apa sebenarnya penyakit ini?
Tibi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis kuman Mycobacterium Tuberkolosis. Keadaan paling teruk adalah apabila penyakit ini boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan yang telah ditetapkan.
Jangkitan kuman ini berlaku apabila seseorang tersedut udara yang mengandungi kuman Tibi apabila seseorang pesakit penyakit ini batuk atau bersin dan menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman.
Masa pengeraman selepas pendedahan kepada kuman Tibi sehingga menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini adalah dari 2 minggu sehingga 10 minggu.
Jom kita lihat apa simptom-simptomnya!
Tanda dan gejala penyakit Tibi:
- Batuk melebihi 2 minggu·
- Demam
- Kahak berdarah
- Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
- Berpeluh waktu malam
- Cepat letih atau lemah badan
- Hilang selera makan
- Turun berat badan
Langkah-Langkah Kawalan Dan Pencegahan
- Bayi yang baru lahir perlu mendapatkan pelalian BCG untuk mencegah daripada jangkitan ini.
- Sesiapa yang batuk selama dua minggu atau lebih, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan sapuan kahak untuk mengesan jangkitan kuman ini.
- Jika disahkan sebagai pesakit Tibi, dapatkan rawatan dengan segera untuk mengubati penyakit ini dan mencegahnya daripada menjangkiti ahli keluarga atau orang terdekat.
- Ahli-ahli keluarga atau mereka yang rapat, atau tinggal serumah dengan pesakit juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jaga diri! 🙂