5 Makanan Rakyat Malaysia Paling Suka, Tapi Menggemukkan!
Apa makanan di Malaysia yang menjadi favourite anda semua? Roti canai, Nasi lemak, Sushi? Semua makan dari pelusuk dunia ni kalau boleh disebut, memang favourite kita semua.
Almaklumlah, Malaysia kan syurga makanan. Tapi, dalam kita seronok menikmati kesedapan makanan, anda sedar tak yang sebenarnya banyak makanan di Malaysia ni menggemukkan?
Jom ketahui lebih lanjut tentang 5 makanan rakyat Malaysia paling suka, tapi menggemukkan!
Makanan Rakyat Malaysia yang Disukai
1.Roti Canai
βNak ke tak nak, lepak mamak?β
Haa orang malaysia ni memang pantang dengar perkataan mamak. Tak kira waktu sarapan, makan tengah hari mahupun malam, kedai mamak lah yang menjadi pilihan.
Menu wajib kalau dah lepak mamak mesti lah roti canai! Tapi anda tahu tak, satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori? Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori!
Fuhh, nampak mcm tak beri kesan pun kan.
2.Nasi lemak
Selain roti canai, nasi lemak juga antara makanan rakyat Malaysia paling suka yang boleh dimakan bila-bila masa.
Tapi, apabila dikira balik, nasi lemak memang mengandungi karbohidrat, protein, lemak lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap nasi lemak mempunyai lebih kurang 450-500 kalori.
Memang banyak kan? Sekali sekala nak rasa boleh, jangan hari-hari tau!
3.Burger
Malam-malam kalau tak tahu nak makan apa, pilihan terakhir kita mesti burger tepi jalan. Bukan hanya gerai tepi jalan, apa saja jenis burger yang anda gemar sememangnya mempunyai kandungan kalori yang tinggi!
Daging kisar mempunyai nilai lemak yang tinggi dan satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Tu orang cakap, kalau nak suka tetap kena berpada-pada π€
4.Mi Kari
Setiap kali ada jamuan atau majlis, Mi Kari merupakan antara hidangan yang popular untuk disajikan. Namun, anda perlu tahu bahawa hidangan mi dengan sup kari, santan mempunyai kalori lebih kurang 500.
Jadi, kalau inginkan makanan bersup boleh bertukar kepada sup tanpa minyak.
5.Mayonis
Perasan atau tidak, bagi mereka yang sedang dalam proses berdiet mesti akan tinggalkan pengambilan mayonis dalam setiap jenis makanan. Memang diakui, mayonis memang mempunyai rasa yang sedap dan berlemak.
Namun, satu suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori iaitu bersamaan dengan 40g lemak. Jadi, kawal pengambilan mayonis dalam pemakanan anda tau!
Semoga bermanfaat!π