Jangan Jadikan Anak Mangsa Dera! Jaga kesihatan Mental ibu bapa dengan Cara Ini
Akhir-akhir ini, banyak kes yang tersiar di dada akhbar tentang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera ibu bapa dan ahli keluarga. Memang sedih mengenangkan betapa traumanya mereka, betapa tergurisnya hati mereka, bila mana sepatutnya mereka dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang.
Apa salahnya mereka? Kenapa anak-anak yang menjadi mangsa?
Perkara sebegini kerap kali terjadi pada masa kini mungkin disebabkan oleh tekanan hidup seperti masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Tetapi, janganlah jadikan anak-anak sebagai tempat lepas amarah.
Faham…bila kita dalam keadaan yang beremosi, adakalanya kita tak dapat untuk mengawalnya. Jadi, sebagai ibu bapa, anda perlu cari inisiatif lain untuk menghakis emosi dan amarah daripada melepaskannya pada anak-anak.
Oleh itu, sekali-sekala carilah masa terluang untuk lakukan pelbagai aktiviti demi menjaga kesihatan mental anda. Jom lihat cara-cara seperti di bawah!
- Ambil Masa
Ambil masa untuk memikirkan tentang diri sendiri. Jadi lebih positif dan yakini bahawa anda adalah seorang wanita atau ibu yang hebat dalam apa yang anda lakukan.
- Luangkan Masa untuk Diri Sendiri
Luangkan masa untuk membelai diri seperti mendapatkan khidmat mengurut di pusat spa.
- Makan Makanan yang Seimbang
Makan makanan yang seimbang kerana ia dapat membantu perubahan hormon. Lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan karbohidrat dan juga makanan terproses atau segera dalam diet anda.
- Bersenam atau Beriadah
Bersenam atau beriadah boleh mencegah dari pelbagai penyakit dan dapat mengurangkan berat badan yang keterlaluan. Ia menghasilkan hormon endorfin yang boleh meningkatkan keyakinan dengan kehidupan seharian anda dan keputusan yang perlu anda lakukan setiap hari.
- Cari Hobi
Pilih satu hobi. Antara hobi yang boleh anda cuba adalah menjahit, membuat kraftangan, membaca, penulisan jurnal, melukis, fotografi, menari dan banyak lagi.
- Luangkan masa sendiri
Luangkan masa sendiri (me time). Pergi bercuti atau keluar bersama teman-teman atau bersendirian. Tidak salah sekiranya anda memilih untuk bersendirian untuk beberapa jam untuk lari dari rutin kebiasaan. Anda boleh meminta sokongan dari ahli keluarga, suami, atau mencuba khidmat pengasuh atau ‘baby-sitter’ yang bertauliah untuk menjaga anak-anak anda untuk beberapa jam.
Dalam kita sibuk mencari kehidupan yang selesa tanpa sebarang kebimbangan, janganlah kita lupa untuk mencintai diri kita dan mengamalkan cara-cara untuk menjaga mental kita seperti di atas.
Percayalah, tumpuan yang anda berikan pada diri sendiri akan dapat mengurangkan tekanan di dalam hidup seharian anda dan fikiran anda akan menjadi lebih lapang. Ia juga mengurangkan risiko anda untuk menghidapi pelbagai masalah kesihatan mental seperti stres, kebimbangan dan kemurungan. Bila kita gembira, anak-anak dan keluarga kita pun turut sama bahagia 😄