
Jantung Kita, Nyawa Kita! Ketahui Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Jantung
Jantung kita, nyawa kita. Begitulah pentingnya organ yang bernama Jantung ini buat manusia. Manusia dilahirkan dengan satu jantung. Jantung yang tidak mengenal erti “overtime” akan sentiasa bekerja untuk menghantar darah ke seluruh badan. Setiap organ yang berada di dalam badan kita memerlukan oksigen yang terdapat dalam darah dan jantung adalah organ yang berperanan dalam memenuhi segala keperluan organ-organ lain.
Betapa pentingnya jantung ini pada tubuh kita, sebegitu penting juga tugas kita untuk menjaga kesihatannya. Oleh itu, jom sama-sama kita jaga kesihatan jantung dengan mengambil makanan yang baik untuk jantung kita!
1. Ikan Yang Diperkaya Dengan Omega-3
Ikan seperti tuna, mackerel, salmon dan sardin adalah antara ikan yang kaya dengan omega-3. Omega-3 berperanan untuk merendahkan kadar lemak trigliserida di dalam darah. Ia boleh mengurangkan risiko saluran darah tersumbat dan membantu mengurangkan paras darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Berapa banyak ikan yang perlu makan dalam seminggu? Seorang manusia dewasa perlu memakan 225 gram ikan untuk mendapatkan nutrisi omega-3.
2. Minyak Zaitun
Minyak Zaitun mempunyai pelbagai manfaat kesihatan terutamanya pada kesihatan jantung. Dalam sebuah kajian, seseorang yang memakan minyak zaitun setiap hari anda boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 15%.
Jika anda mahu menggunakan dalam makanan, anda boleh menggunakan minyak zaitun dalam makanan sebagai salad dressing atau makan dengan bubur. Hmm…sedapnya!
3. Bayam
Jangan pandang rendah pada bayam! Bayam adalah salah satu sayuran hijau yang mempunyai pelbagai vitamin, mineral dan antioksida. Dengan menambahkan bayam ke dalam pemakanan harian anda, ia mampu memperbaiki kesihatan jantung anda.
Sayuran-sayuran ini penuh dengan nitrate. Fungsi nitrate dalam badan adalah untuk mengembangkan saluran darah dan secara tidak langsung merendahkan tekanan darah. Ini membolehkan darah mengalir lancar ke semua organ termasuk jantung yang perlu bekerja keras setiap hari.
4. Oat
Trend “overnight oats” semakin popular dalam kalangan masyarakat tidak kira tua atau muda, terutama mereka yang ingin berdiet. Ini adalah salah satu makanan yang bagus untuk jantung anda.
Oat berperanan untuk mengurangkan kadar kolesterol LDL yang merupakan “kolesterol tidak baik” yang sering menjadi punca saluran darah tersumbat. Secara tidak langsung mengurangkan risiko serangan jantung. Oat juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko darah tinggi. Cara penyediaan overnight oats juga mudah sahaja. Masukkan beberapa sudu oat di dalam gelas, tambahkan susu segar, biji chia dan kismis. Simpan di dalam peti sejuk semalaman. Sedia dimakan bersama buah kegemaran anda! Mudah kan?
8. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat dalam mengekalkan jantung yang sihat dan juga mengelakkan penyakit jantung. Bawang putih mampu mencegah penyakit Aterosklerosis (penyempitan pembuluh darah yang disebabkan oleh penumpukan plak. . Ia mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kadar kolesterol).
Anda boleh amalkan memakan seulas bawang putih sehari untuk mengelakkan penyakit jantung.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua! ❤️