
Kajian Menunjukkan Tabiat Suka Simpan Gambar Dalam Telefon Petanda Ada Penyakit Mental ‘Hoarding Disorder’
Pernah tengok filem ‘Confessions of a Shopaholic’ atau ‘Toy Story 3’? Ingat tak watak-watak yang tak boleh nak buang barang-barang mereka? Sebenarnya, mereka ni ada ciri-ciri Hoarding Disorder. Jadi, apa sebenarnya Hoarding Disorder ni?
Hoarding Disorder ni adalah bila seseorang tu susah sangat nak buang atau pisahkan diri dari barang-barang dia, walaupun benda tu dah tak ada nilai sangat pun. Contohnya watak Andy dalam ‘Toy Story 3’. Bila dia dah besar, dia taknak buang mainan dia walaupun dia dah tak main dengan mainan tu lagi.
Kita boleh tengok contoh lain seperti Carl Fredricksen dalam ‘Up’. Lepas isteri dia meninggal, Carl simpan semua barang yang ada kenangan, sampai rumah dia penuh sesak. Watak macam ni memang ada dalam dunia sebenar.
Dia rasa barang tu sebahagian daripada diri dia. Dia akan rasa stress kalau dia buang, rasa tertekan, anxious, sampai dia nak cari balik barang tu dan masukkan balik dalam rumah.
Kenapa seseorang tu boleh jadi hoarder? Ada yang sebab genetik, ada yang sebab pengalaman hidup macam trauma atau kehilangan. Macam Carl dalam ‘Up’, dia simpan barang-barang tersebut sebab teringat kenangan dengan isteri dia.
Hidup dengan Hoarding Disorder ni memang mencabar ya. Bayangkan rumah penuh dengan barang sampai susah nak bergerak, mata pon serabut nak tengok. Kadang-kadang kita balik kerja nak tengok rumah dalam keadaan kemas dan bersih, tenang ja. Sedap mata memandang.
Bayangkan yang hidap Hoarding Disorder ni adalah ahli keluarga sendiri? Macam mana nak ajak kawan datang rumah kalau rumah bersepah, barang semua berselerak? Memang segan.
Banyak orang tak tahu, tapi Hoarding Disorder bukan hanya berlaku dengan barang-barang fizikal ja tau. Ia juga boleh berlaku bila kita simpan terlalu banyak gambar dalam peranti digital kita.
Contohnya, bila kita ambil gambar, kita ambil banyak-banyak. Gambar blur, muka tak lawa, atau silau, kita tak buang pun. Kita biar ja sebab rasa storage telefon kita besar. Kita rasa mungkin gambar tu boleh digunakan di kemudian hari. Gambar yang sama tu kadang-kadang sampai beratus-ratus.
Kalau kita rasa sayang nak buang gambar-gambar tu, walaupun gambar tu tak berguna pon, itulah permulaan kepada masalah hoarding ni. Cuba check balik galeri telefon korang. Mana la tahu in case korang pon ada masalah ni.
Menurut National Institute of Mental Health (2012), orang yang ada masalah hoarding ni sering kali juga mengalami masalah mental lain. Mereka mungkin berdepan dengan kemurungan, kebimbangan, hiperaktif, dan ada juga yang struggle dengan ketagihan alkohol.
Menurut kajian, mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami kecelaruan personaliti lain seperti skizotipal, dependent, avoidant, dan OCD (obsessive compulsive-disorder).
Tapi, jangan salah faham antara ‘hoarding’ dengan sekadar mengumpul atau hobi. Contohnya, orang yang simpan stem, syiling, atau komik, mereka ni biasanya adalah pengumpul atau collectors.
Mereka simpan barang-barang tu dengan cara tertentu dan ia tak memberi kesan negatif sebab boleh jadi ia sebagai hobi atau investment. Contohnya, simpan syiling lama yang semakin lama semakin bernilai.
Tapi hoarding ni lain cerita. Orang yang hoarding selalunya simpan barang-barang yang tak ada guna dan tak ada nilai. Contohnya macam mainan rosak. Dia ada rasa macam “Eh ni elok lagi ni, boleh baiki lagi ni”.
Simptom seterusnya ialah simpan barang-barang yang sebenarnya tak perlu pun. Biasanya, ‘hoarding disorder’ ni bermula bila seseorang mula mengumpul barang-barang yang tak berguna macam tisu, sudu plastik, pen, resit, dan macam-macam lagi lah dalam kuantiti yang banyak.
Jadi, selepas baca artikel ni, cuba check sekeliling rumah atau galeri telefon korang. Kalau ada lebih banyak gambar blur daripada gambar yang jelas, atau kalau rumah korang dah macam muzium barang lama, mungkin ini masanya untuk ‘spring cleaning’!
Cuba bayangkan kalau tiba-tiba ada tetamu datang rumah, nak bagi alasan apa? “Maaf, ni adalah koleksi barangan antik saya, termasuk resit makan malam 5 tahun lepas”
Oleh: Aisyashuib