
Penjelasan Sains Kenapa Lidah Rasa Terbakar
Pernah tak rasa lidah terbakar lepas makan makanan pedas atau minum air panas? Haa, bayangkan sensasi tu, tapi kali ni ia berlarutan dan bukan sebab makanan. Dalam istilah sains, ia dikenali sebagai Sindrom Mulut Terbakar atau Burning Mouth Syndrome (BMS).
Istilah lain untuk Sindrom Mulut Terbakar ni sebenarnya banyak. Ada yang panggil glossodynia, glossopyrosis, stomatodynia, burning lips syndrome, dan scalded mouth syndrome.
Gejalanya? Mulut rasa terbakar macam terkena air panas, terutama pada bahagian hujung lidah, langit-langit mulut, bahagian dalam pipi dan gusi.
Ada juga yang susah nak telan, rasa macam ada benda tersekat kat tekak. Mulut pula boleh jadi kering. Kadang-kadang, rasa dalam mulut boleh berubah jadi pahit atau rasa logam.
Walaupun nampak normal, penghidap sindrom ini boleh merasakan mulut mereka seperti terbakar, kering, dan kadang-kadang mati rasa terus. Sensasi ni boleh muncul tiba-tiba dan bertahan lama, kadang-kadang berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Sindrom ni ada dua jenis. Primer dan sekunder. Jadi, apa bezanya?
Sindrom Mulut Terbakar primer ni biasanya disebabkan oleh gangguan pada saraf perasa jika tak ada masalah kesihatan lain lah. Contohnya, bila kita makan sesuatu yang pedas sangat macam ayam goreng dari Richeese Factory yang tengah viral tu. Order pulak level 5 tahap kepedasan dia, haa memang lidah rasa numb terus.
Saraf kita pon jadi confuse dan terus rasa macam lidah kita terbakar atau panas walaupun dah berhenti makan pedas.
Sindrom Mulut Terbakar sekunder pulak disebabkan oleh masalah kesihatan lain. Contohnya, mulut kering atau dikenali sebagai xerostomia, penyakit asam lambung (GERD) dan kekurangan zat gizi. Contohnya kekurangan zat besi, zinc, atau vitamin B12.
Kesan makan ubat seperti ubat tekanan darah tinggi dan gangguan endokrin seperti hipotiroidisme, diabetes, atau menopause pon boleh menyumbang kepada sindrom sekunder ni.
Untuk yang suka minum kopi panas-panas lepastu makan pulak ramen, fuhhh memang lidah tak sempat nak mengucap. Haa, kalau lidah atau mulut still rasa terbakar walaupon dah dua tiga hari, boleh pergi check kat doktor tengok.
Bukan apa, hidap sindrom ni memang akan ganggu aktiviti harian kita. Contohnya, boleh buat kita insomnia atau susah tidur sebab terganggu dengan rasa terbakar tu. Bila susah nak makan, nutrisi pun kurang. Badan pon akan jadi tak cukup zat.
Lama-lama, boleh jadi depress sebab asyik rasa tak selesa. Anxiety pun boleh datang sebab asyik fikir pasal rasa sakit dalam mulut ni ja. Semua ni buat hidup jadi tak tenang, nak buat apa pun jadi susah.
Oleh: Aisyashuib