Kawal Berat Badan dapat Atasi Diabetes? Ketahui Lebih Lanjut!
Nak turunkan berat badan saja-saja memang agak mustahil untuk kita semua. Tapi, kalau set minda kita untuk turunkan berat badan demi atasi diabetes kan elok tu…
Anda tahu tak, terdapat banyak cara untuk kita atasi diabetes tau.
Jom kita ketahui caranya!
Cara Mengurus & Atasi Diabetes
1. Lakukan aktiviti fizikal
Dengan bersenam, ia pasti akan dapat menyihatkan tubuh badan. Dalam pada itu, ia mampu menurunkan berat badan, merendahkan kadar gula serta menguatkan sensitiviti terhadap insulin.
Menurut kajian juga, senaman aerobik dan senaman rintangan mampu membantu cegah diabetes juga tau.
2. Kurangkan berat badan
Orang berbadan besar selalu selalu dimomokkan dengan penyataan yang mengatakan mereka lebih mudah diserang diabetes. Ya, memang kita tak dapat nak menyangkal hakikat tersebut.
Melalui soal selidik juga menyatakan bahawa individu yang berjaya hilang 7 peratus dari berat badan, mampu mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 60%! Banyak tu…
3. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk cegah diabetes
Apa agaknya gaya hidup yang tidak sihat ya? Antara gaya hidup yang tidak sihat adalah kurang melakukan senaman serta berat badan yang tidak terkawal.
Bukan itu sahaja, tabiat buruk seperti menghisap rokok juga sudah pasti termasuk dalam gaya hidup yang tidak sihat.
Ini kerana orang yang merokok berisiko mengalami diabetes sebanyak 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Tembakau adalah faktor mempercepatkan proses aterosklerosis, begitu juga alkohol.
Dalam pada itu, ia juga boleh meningkatkan kolesterol berbahaya, menyebabkan rintangan insulin, dan meningkatkan gula dalam darah.
4. Ambil lebih banyak serat
Makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang sangat bagus dalam mengawal gula dalam darah.
Ia juga mampu membantu merendahkan risiko sakit jantung serta membuat anda kekal kenyang walaupun tidak banyak makan.
Disebabkan itu, anda juga secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan sekaligus membantu dalam usaha untuk cegah diabetes.
5. Ambil lebih banyak bijirin penuh
Makanan yang dikategorikan sebagai bijirin penuh juga dikatakan mampu membantu mengawal gula dalam darah. Jadi, lebihkan pengambilan makanan bijirin penuh seperti roti, pasta dan bijirin.
Namun, tidak semua produk ini yang boleh dikelaskan sebagai makanan bijirin penuh, bergantung kepada bahan di dalamnya.
Semoga bermanfaat! 😄