Kosher: Makanan Halal Versi Yahudi
Kalau masyarakat muslim ada pemakanan halal seiring dengan syariat Islam, masyarakat Yahudi juga mempunyai pemakanan halal versi mereka, iaitu kosher.
Kosher ialah nama dari kata dasar Kasher (כָּשֵׁר) yang bererti “sesuai” dan “berpatutan”. Pemakanan yang di luar dan bercanggah dari Kosher disebut sebagai Treif (טרײף), seumpama hukum Haram.
*Makanan Yang Hanya Orang Yahudi Makan*
Penekanan makanan Kosher dalam ajaran Yahudi amatlah ketat dan rumit berbanding syariat Islam.
Ada haiwan yang diharamkan untuk mereka makan iaitu babi, unta, burung unta, binatang rodensia seperti tikus, bangkai, binatang pemangsa dan apa jua makanan yang boleh mendatangkan mudarat untuk kesihatan.
Manakala buah-buahan dan sayuran pula perlulah bersih dari jangkitan ulat supaya mematuhi peraturan pemakanan kosher.
Haiwan akuatik mana yang dibolehkan untuk makan juga diketatkan dalam pemakanan kosher. Orang Yahudi hanya dibenarkan memakan haiwan yang mempunyai insang dan sisik saja, seperti ikan. Tetapi, haiwan akuatik selain ikan diharamkan, seperti udang dan kerang.
Haiwan ternakan berkaki empat juga tidak ketinggalan dari mematuhi prinsip pemakanan kosher. Haiwan ternakan dan darat yang boleh dimakan mengikut prinsip ini dipanggil sebagai haiwan kosher.
Contoh haiwan kosher ialah lembu, kambing, rusa, kijang, ayam, dan burung. Makanan tenusu seperti susu, keju, dan yogurt juga boleh dimakan asalkan ia berasal dari haiwan kosher. Tapi, makanan tenusu tidak boleh dicampurkan dengan daging haiwan kosher.
Sekiranya penganut agama Yahudi meminum susu atau memakan keju pada waktu pagi, dia mesti menunggu selama 6 jam sebelum memakan daging haiwan kosher.
*Cara Penyembelihan Haiwan Orang Yahudi*
Walaupun dagingnya boleh dimakan, tapi cara sembelihannya kenalah betul, juga melalui syarat-syarat yang ketat. Sembelihan dimulakan dari pemilihaj haiwan yang cukup umur, tidak cacat, tidak berpenyakit, dan mesti dalam keadaan hidup.
Penyembelih pula dipanggil sebahai Schochet dan Schochet mestilah lelaki Yahudi dewasa yang alim dan terlatih dalam bidang sembelihan. Pisau sembelihan haruslah tajam, tidak sumbing, tidak bercalar dan tidak pendek dari leher binatang sembelihan.
Tambahan lagi, pisau itu wajib melalui proses ritual yang disempurnakan oleh rabbai dengan doa tertentu. Penggunaan alat renjatan elektrik adalah ditegah sama sekali.
Orang Yahudi juga mempunyai lafaz mereka sendiri apabila menyembelih haiwan kosher. Lafaz ini dipanggil sebagai lafaz tasmiyyah. Sebelum menyembelih, Schochet akan membaca
“Bismillahi akibah”
Lafaz “Bismillah akibah” mirip dengan “Bismillah Allahuakbar”. Tapi lafaz tasmiyyah hanya wujud dalam mazhab-mazhab Yahudi tradisional seperti mazhab Sadusi atau Jews Ultra Orthodox.
Ada juga bacaan lafaz tasmiyyah yang masih diamalkan sehingga kini. Lafaznya seperti berikut:
“Semoga dirahmati Adonai (Nama lain bagi Tuhan menurut Yahudi). Tuhan sekalian alam yang menyucikan kami dengan perintah-Nya dan memerintahkan kami dengan schecita (sembelihan) yang sebenar.”
Taoi lafaz ini hanyalah dibaca sekali saja walaupun banyak haiwan untuk disembelih. Contohnya haiwan pertama hanya perlu lafazkan, kemudian haiwan kedua tidak perlu lafaz dan teruskan penyembelihan.
Leher haiwan sembelihan harus dibersihkan oleh air dulu supaya hilangkan kotoran. Semasa sembelihan harus putuskan urat Merih, urat Halkum dan urat Wadajayn (Arteri Karotid dan Vena Jugulum).
Sembelihan hanya sekali potong saja agar tidak menyeksa haiwan sembelihan tersebut. Tapi jika kepala haiwan sembelihan terputus, ia jatuh hukum Treif (haram) untuk dimakan.
Selepas penyembelihan, organ dalaman haiwan perlu diperiksa. Jika terdapat tanda-tanda kerosakan organ, haiwan sembelihan itu jatuh hukum Treif. Lagi satu, daging sembelihan yang kosher hanyalah dari kepala sehingga bahagian rusuk dan kaki depan saja. Bahagian tulang belakang, perut, kaki belakang, dan ekor ialah daging non-kosher.
Daging akan direndam di dalam air garam untuk mengeluarkan saki-baki darah, kemudian daging haiwan kosher boleh disediakan sebagai lauk masakan. Kadang ada orang Yahudi memasak daging gunakan arak buah-buahan kerana bagi mereka arak ini dianggap sebagai halal.
Beginilah peraturan pemakanan kosher yang begitu rumit, semasa memberikan makanan yang terjaga untuk tidak memudaratkan badan oranag Yahudi.
Bagi komuniti muslim tinggal di kawasan ramai orang Yahudi, dihalalkan untuk mereka memakan makanan kosher tanpa alkohol. Jadi, orang muslim boleh membeli makanan yang ada logo kosher.
Maka, anda sebagai muslim bersyukurlah bahawa prinsip pemakanan halal lagi memudahkan dari pemakanan kosher.
Oleh: Dinie Liow (Dans)