Makan Durian Risiko Maut? Elak 5 Makanan Ini!
Durian lovers yang tengok tajuk mesti seriau kan? Biar betul ia boleh menyebabkan risiko maut?
Ya… tajuk ini bukan sekadar nak menakutkan, tapi memang kalau nak makan durian, kita tak boleh sesuka hati makan dengan makan yang lain.
Jadi, sebaiknya kita ambil langkah berhati-hati agar tidak memudaratkan diri.
Jom ketahui 5 makanan yang perlu dielakkan makan bersama makanan kegemaran anda ni!
5 Makanan yang Perlu Dielakkan Makan Bersama Durian
1. Makanan manis
Durian mempunyai kesan langsung terhadap pengambilan makanan manis selepas makan durian bagi pesakit diabetes. Ia mempunyai paras gula yang tinggi, jadi pengambilannya boleh menyebabkan lonjakan gula dalam darah yang berbahaya bagi penghidap kencing manis.
Apabila ia dimakan bersama makanan manis lain seperti kek atau ais krim, lonjakan gula dalam darah boleh menjadi lebih teruk.
2. Minuman bergas
Pengambilan minuman bergas bersama durian boleh mendatangkan kesan negatif kepada badan. Ia mengandungi sulfur dan boleh bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam minuman bergas.
Ini menyebabkan ketidakselesaan seperti mual dan perut kembung. Selain itu, gabungan durian dan minuman bergas juga boleh menyebabkan asid perut meningkat dan gangguan pencernaan.
3. Daging kambing
Selepas makan, sebaiknya jangan makan daging kambing. Daging kambing mempunyai kesan termogenik yang tinggi yang boleh meningkatkan suhu badan dan menyebabkan rasa panas dalam badan. Tubuh boleh menjadi tidak selesa kerana ia juga mempunyai sifat sama yang boleh meningkatkan sensasi panas badan.
Selain itu, pengambilan daging kambing bersama durian juga boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti perut kembung, mual dan cirit-birit.
4. Susu
Minum susu selepas makan durian boleh meningkatkan tekanan darah. Ini kerana ia mengandungi kalium yang tinggi, manakala susu mengandungi kalsium.
Gabungan kedua-dua nutrien ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah secara mendadak. Terutama bagi mereka yang berisiko mendapat tekanan darah tinggi.
5. Kopi
Minum kopi selepas makan durian boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan badan terutama berkaitan masalah jantung. Ia tinggi kolesterol dan lemak tepu, manakala kopi boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
Adalah disyorkan untuk tidak mengambil kedua-dua makanan ini pada masa yang sama. Kandungan kafein dalam kopi boleh meningkatkan risiko pembekuan darah yang boleh menyebabkan masalah jantung. Manakala, ia pula mengandungi bahan tertentu yang boleh mengganggu metabolisme kafein dalam kopi.
Semoga bermanfaat!