Sakit Perut Simptom Kanser Usus? Awasi Tanda-tanda Awalnya!
“Sakit perut ada kaitan dengan kanser usus?”
Kesejahteraan usus memainkan peranan penting dalam keadaan keseluruhan kesihatan kita, dan simptom-simptom tertentu mungkin adalah petunjuk awal terhadap masalah yang lebih serius.
Kanser usus merupakan penyakit yang dapat berkembang tanpa disedari pada peringkat awal, dan penting untuk kita peka terhadap tanda-tanda yang mungkin muncul. Salah satu simptom yang sering diabaikan adalah sakit perut, yang boleh menimbulkan pertanyaan – adakah ini mungkin menjadi petunjuk awal kanser usus?
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, jom kita selami tanda-tanda awal yang perlu diawasi dengan berhati-hati.
Tanda-tanda awal Kanser Usus
1.Darah pada najis anda
Sila berjumpa dengan doktor jika anda melihat ada darah di dalam mangkuk tandas selepas membuang air besar atau selepas mengelap, atau jika najis anda kelihatan gelap atau merah terang. Ia sangat penting untuk diingatkan bahawa darah dalam najis juga tidak bermakna anda mempunyai kanser kolon.
2.Perubahan berterusan dalam tabiat usus anda
Jika anda mengalami sembelit atau cirit-birit yang berterusan tanpa henti, sila berjumpa dengan pakar. Ini juga boleh membawa tanda anda mengalami keracunan makanan.
3.Sakit bahagian perut
Banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut, tetapi pastikan anda segera berjumpa doktor jika mengalami sakit perut yang luar biasa atau kerap.
4.Muntah-muntah
Jika anda mengalami muntah-muntah yang banyak tanpa diketaui sebabnya dalam masa 24 jam, terus berjumpa dengan doktor.
Apa faktor yang menjadi risiko anda terkena kanser kolon? Antaranya adalah pilihan gaya hidup yang tidak sihat seperti:
-Merokok
-Obesiti
-Terlampau makan banyak daging merah atau daging proses
-Tidur yang tidak cukup
Jaga diri dan semoga bermanfaat untuk anda semua! 🙂