Makan Ubat pun Ada Doa! Jom Amalkan Bersama
Ubat memang sangat penting terutamanya ketika kita kesakitan. Antara ubat yang paling kerap kita ambil adalah ubat sakit kepala. Tanpanya, aktiviti seharian kita takkan dapat bergerak lancar dan banyak hal yang tergendala oleh kerana kesihatan kita yang tidak baik.
Kebiasaannya, kita hanya membaca basmallah ketika memakan ubat. Namun, tahukah anda? Ada doa yang kita boleh amalkan semasa dan selepas makan ubat tau!
Jom ketahui doa-doa ini dan jadikan ini sebagai amalan supaya pengambilan ubat lebih diberkati dan sihat dengan lebih cepat!
Jom Amalkan Doa Ini!
1.Doa sebelum makan ubat
Kebiasaanya doktor akan menasihatkan supaya ia diambil selepas makan. Oleh itu, hendaklah membaca doa ini:-
Hadis dari Muhammad bin Khatib, sabda nabi s.a.w.:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.
أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِي إِلَّا أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَلُكَ الْعَافِيَةَ.
Ertinya:
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”. “Ya Tuhan manusia, hilangkan derita, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh Kecuali Engkau”. “Ya Allah, hamba bersungguh memohon kesihatan kepadaMu”. (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)
2. Doa selepas makan ubat
Setelah selesai makan ubat, bacalah doa ini. Hadis dari Abi Umamah, sabda nabi s.a.w.:
الْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَفَانَا وَارْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٌّ وَلَا مَكْفُورٍ.
Ertinya:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kita kecukupan dan kepuasan yang tidak terabai dan tidak tertolak”. (Riwayat Bukhari)
3.Selawat Syifa’
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad tibbil-qulubi wadawaa-iha, Wa ‘afiyatil abdani wa syifa-iha, wanuu-ril absori wa dhiya-iha, wa ‘ala Aalihi wasohbihi wasallim.
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengannya dapat menyembuhkan hati-hati (yang gelisah) dan dapat menyihatkan badan (dari segala penyakit) dan menjadi cahaya kepada pandangan (mata) dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat Baginda ” .
4.Doa agar dijauhkan penyakit
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ
“Allahumma inni a‘udzu bika minal barashi, wal jununi, wal judzami, wa sayyi’il asqami.”
Selamat beramal! 🙂