Penawar Rasa Gelisah, Marah dan Sedih. Mari Amalkan 4 Doa Ini!
Dalam kehidupan sehari-hari, perasaan seseorang sering berubah-ubah, mencipta rasa tidak selesa yang boleh menyebabkan perasaan sedih, ketakutan, dan kegelisahan secara tiba-tiba.
Namun, sebagai manusia yang tidak dapat mengelak dari membuat kesilapan dan dosa, ianya pasti bahawa terdapat akan wujud saat-saat gelap dalam hati yang boleh mempengaruhi emosi.
Walaupun apabila berhadapan dengan situasi ini, seseorang mungkin berusaha mencari penyelesaian, adalah penting untuk diakui bahawa pendekatan terbaik untuk mencegah ketidakstabilan emosi dan memperkuatkan diri adalah dengan meminta pertolongan dari Allah SWT dan mengamalkan doa agar hati dapat mencapai ketenangan.
Doa Penawar Gelisah, Marah dan Sedih
DOA 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
DOA 2
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
DOA 3
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
DOA 4
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28
Semoga bermanfaat! 🙂