
Malaysia Dilanda Jerebu! Ini Tips untuk Elak Masalah Kesihatan
Masalah Jerebu di Malaysia bukanlah satu perkara yang asing, malah, hampir setiap tahun kita lalui perkara yang sama.
Namun, masalah ini tidak boleh diambil ringan. Kita perlu ambil berat kerana ia boleh memudaratkan kesihatan kita jika tiada langkah pencegahan diambil.
Jom ikuti tips-tips di bawah untuk elakkan masalah kesihatan berlaku pada musim jerebu ini.
1. Perlindungan Diri
Musim jerebu ni memang penting untuk kita lindungi diri dan keluarga kita. Lagi merisaukan jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai alahan atau penyakit Asma.
Jadi, pastikan anda dan ahli keluarga standby dengan inhaler. Jika penyakit asma teruk, dapatkan terus rawatan daripada doktor.
Selain itu, pakai losyen atau pelembab bagi melindungi kulit anda daripada mendapat kontak dengan jerebu kerana ia boleh menyebabkan keradangan.
Paling penting, jangan lupa untuk pakai pelitup muka jenis N95 untuk lindungi sistem pernafasan daripada habuk jerebu.
2. Elak Aktiviti Luar
Elakkan berada di tempat keramaian atau melakukan aktiviti sukan outdoor. Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko kesihatan.
Selain itu, pastikan anda menutup pintu dan tingkap dengan kerap ketika musim jerebu dan mengurangkan aktiviti di luar untuk sementara waktu ini.
3. Stabilkan Imuniti Badan
Jerebu membuatkan badan kita cenderung untuk menjadi stres dan sensitif. Ini kerana antibodi badan menjadi lebih aktif apabila menghadapi musim ini
Sesetengah orang juga badan mereka menjadi overprotective dan menimbulkan beberapa reaksi seperti kahak atau lendir yang banyak, hingus tidak berhenti, bersin serta kulit menjadi gatal dan keradangan.
Oleh itu, ambil pemakanan yang sihat seperti sayuran, buah-buahan atau suplemen yang dapat membantu memberi ketahanan pada tubuh badan anda.
4. Semak Perkembangan Semasa & IPU
Selain mengambil langkah berjaga-jaga seperti di atas, anda juga disarankan untuk menyemak perkembangan semasa jerebu dan bacaan IPU di http://apims.doe.gov.my/ .
Jika bacaan IPU menunjukkan tanda yang tidak baik, sebaiknya kekal di rumah dan elakkan berada di luar tau.
Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua. Jaga diri! 😊