Wabak Musim Hujan: Awas, 5 Penyakit Ini Mengancam Anda!
Musim tengkujuh dari September hingga Februari setiap tahun sering mengakibatkan banjir di beberapa negeri. Hujan lebat berpanjangan yang berlaku baru-baru ini telah memberi impak besar seperti kemusnahan harta benda dan banjir di kawasan kediaman.
Risiko kematian boleh berlaku dan meningkat jika rumah terletak di kawasan rendah berhampiran sungai, yang dapat membawa arus sungai yang tidak menentu dan membawa sampah dan sisa najis sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.
Mari kita ambil tahu lebih lanjut tentang wabak-wabak musim hujan yang berpotensi mengancam kita!
Wabak Musim Hujan yang Mengancam Kita
Influenza
Influenza atau biasa disebut sebagai flu adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Antara Gejala yang muncul pada awalnya adalah seperti rasa tidak sedap badan, demam, sengal badan serta
Menurut laman Kementerian kesihatan Malaysia, Virus Influenza ini merebak dari
seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.
Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.
Anda boleh mencegahnya dengan memastikan anda rehat dengan cukup, ambil pemakanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta kerap mencuci tangan.
Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Antara gejalanya adalah demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi serta ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
Segera berjumpa dengan doktor jika anda demam atau tinggal di kawasan kes denggi kerana penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk merawatnya.
Pastikan anda dapat rehat yang cukup serta banyakkan minum air masak. Anda juga boleh ambil ubat paracetamol untuk menurunkan demam serta mengurangkan kesakitan.
Demam Denggi
Cirit birit merupakan antara penyakit yang biasa kita hadapi. Tapi, anda tahu tak bahawa penyakit ini merupakan antara wabak ancaman ketika musim hujan ni?
Cirit birit terbahagi kepada dua jenis iaitu cirit birit akut dan kronik. Cirit birit akut merupakan cirit birit yang paling biasa terjadi serta tidak melarat dan berlaku dalam jangka masa yang pendek sahaja. Ia selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman pada makanan dan minuman seperti daging ayam, makanan laut, hasil tenusu serta alahan.
Cirit birit Kronik pula adalah sakit perut yang berulang dan berlaku dalam jangka masa yang lama, melebihi 4 minggu. Ia terjadi berkemungkinan disebabkan oleh penyakit radang usu, kanser usus, penyakit berjangkit dan sebagainya.
Pastikan anda berjumpa dengan doktor jika anda cirit-birit anda berterusan lebih dari 8 jam. Minum air yang mencukupi serta ambil suplemen seperti ORS (Oral Rehydration Salt) untuk menggantikan garam dalam badan yang telah keluar dari badan anda.
Hepatitis A
Penyakit ini sangat berkait rapat dengan air yang tidak bersih, sanitasi yang kurang baik dan tahap kebersihan diri yang rendah.
Penyakit ini boleh tersebar melalui laluan dubur-mulut (faecal-oral route) iaitu apabila individu yang tidak pernah dijangkiti penyakit ini makan atau minum makanan yang tercemar dengan najis individu yang telah dijangkiti.
Virus ini juga boleh tersebar melalui hubungan fizikal yang rapat dengan individu yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, hubungan kasual tidak menyebarkan virus ini.
Antara simptom penyakit ini adalah demam, lesu, kurang selera makan, cirit birit, loya, perut yang tidak selesa, kekuningan (jaundice) dan warna air kencing gelap.
Virus ini boleh dicegah dengan cara adanya bekalan air yang selamat, sistem pembentungan dan kumbahan yang teratur, Amalan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air bersih serta mengambil vaksin pelalian.
Leptospirosis
Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku, satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.
Gejalanya bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala, Batuk tidak berkahak (25%-35% kes), Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes). Gejala lain seperti Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah antara gejala yang kurang berlaku.
Ambil langkah pencegahan dengan elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung atau air tenang, terutama di kawasan iklim tropika.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Jaga diri! ☺️