
Mengapa Selesema Kerap Berlaku Ketika Anda Demam?
Bila demam je biasanya selesema pun akan ada juga.
Mengapa?
Apabila virus yang menyebabkan selesema masuk ke dalam badan, ia akan menghasilkan bahan kimia yang dipanggil histamin.
Histamin bertindak sebagai penghalang pelindung semasa keradangan tetapi menyebabkan lebih banyak lendir mengalir dari hidung.
Lendir yang terhasil boleh membantu menangkap benda asing atau kuman yang memasuki dalam badan.
Pengumpulan lendir bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk tisu hidung dan membantu untuk mengelakkan kuman daripada memasuki badan melalui rongga hidung, sinus atau aliran darah.
Lendir yang keluar dari hidung akan membawa kuman dan bahan asing lain keluar dari badan.(Cleveland Clinic, 2020)

Rupanya selesema ni ada fungsi dia walaupun keadaannya agak mengganggu kan?
Selain itu, bagi mengurangkan ketidakselesaan pada hidung, boleh juga titiskan 1 titis Minyak Habbatus Sauda ke dalam setiap lubang hidung. Selamat beramal.