Trend Obesiti di Malaysia kian membimbangkan
Hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dijalankan setiap 4 tahun mendapati bahawa 50.1% rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7% dari mereka mengalami masalah obesiti.
Ini bermakna 1 dari 2 orang dewasa kini mengalami masalah berlebihan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, 30% daripada kanak-kanak yang berumur 5 hingga 13 tahun turut mencatatkan masalah yang sama.
Obesiti merupakan antara faktor yang memberi kesan kepada kesihatan jantung. Selain itu, obesiti turut meningkatkan risiko penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit.
Antara kaedah bagi menjaga kesihatan bagi mengelakkan masalah obesiti termasuklah mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya:
- Pemakanan seimbang dan teratur.
- Kurangkan pengambilan makanan proses dan lemak trans seperti burger, kentang goreng, makanan pastri serta marjerin.
- Mengurangkan pengambilan makanan manis dan gula putih.
- Pantau bacaan gula dalam darah sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
- Aktifkan diri serta bersenam sekurangnya-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.