Sasarkan 10,000 Langkah Sehari Untuk Hidup secara Sihat
Berjalan kaki merupakan satu senaman yang tidak memerlukan banyak modal dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan anggota badan.
Antara fakta berjalan kaki yang harus anda tahu:
- Berjalan kaki 10,000 langkah bersamaan dengan jarak 6.5 kilometer. Ia dapat membakar sebanyak 380 kalori.
- Berjalan 1 kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.
- Secara purata 1 minit kita berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
- Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan, mampu mengurangkan 64g lemak dalam badan.
Faedah berjalan kaki:
- Mengawal berat badan dan membantu mendapatkan tubuh badan yang menarik.
- Mengurangkan stress dan merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan anda lebih ceria serta sihat.
- Membantu kesihatan jantung dan membantu merendahkan paras kolesterol.
- Mengekalkan kekuatan otot.
Jom kita praktikkan berjalan kaki sehingga 10,000 langkah sehari dalam aktiviti-aktiviti harian kita.
10,000 Langkah di tempat kerja:
- Gunakan separuh jalan menaiki lif dan separuh lagi menaiki tangga.
- Letakkan kenderaan jauh dari tempat kerja.
- Berjalan ke meja rakan sekerja untuk berurusan.
- Luangkan masa untuk berjalan di kawasan pejabat 5 hingga 10 minit pada waktu rehat.
10,000 Langkah di rumah:
- Berjalan ke kedai.
- Berjalan bersama keluarga pada waktu lapang.
- Kurangkan penggunaan alat kawalan jauh seperti di televisyen.
- Mengemas rumah.
- Mencuci kenderaan.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat.