Panas Baran Penyakit Mental? Jom Ketahui Lebih Lanjut!
“Jangan main-main dengan orang yang ada panas baran, memang boleh pecah muka weh…”
Memang seram jika membayangkan kita berada di situasi apabila melihat ada orang panas baran melampiaskan kemarahannya tambah-tambah pada ahli keluarga terdekat.
Satu kisah viral baru- baru ini apabila seorang remaja maut akibat sifat panas baran seorang dewasa yang gagal menahan kemarahannya.
Apa sebenarnya panas ni? Adakah ia berkait rapat dengan masalah mental?
Jom ketahui selanjutnya!
Definisi
Darah panas atau panas baran merujuk pada individu yang tiada daya untuk mengawal dan ketidakupayaan menahan emosi apabila sedang marah.
Adakah Panas Baran mempunyai kaitan dengan penyakit mental?
Berdasarkan pemerhatian, sikap ini banyaknya berpunca daripada masalah rumah tangga sehingga mampu mencederakan pasangan. Lebih parah, ada juga yang bertindak luar kawalan sehingga menyebabkan kematian.
Seseorang individu yang bersikap agresif dan baran sebenarnya berpunca daripada masalah kesihatan mental yang tidak stabil. Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan mereka.
Faktor lain yang turut yang mendorong seseorang mempunyai masalah ini adalah daripada gejala tekanan yang berlebihan.
Disebabkan oleh tekanan tersebutlah, sikap cepat berang dalam diri individu makin membuak-buak sehingga memberi kesan yang buruk dalam sesuatu keadaan tersebut..
Selain itu, seorang pengamal ilmu kaunseling turut menyatakan bahawa marah adalah suatu tindak balas semula jadi dan secara automatik terhadap kesakitan fizikal atau lazimnya kerana gangguan emosi.
Namun, emosi marah boleh dikawal dengan memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri untuk bertenang selain mengosongkan fikiran. Hal ini kerana individu terbabit tidak mendapat rehat yang cukup.
Kesimpulannya, orang yang mempunyai masalah ini harus mendapatkan bimbingan kaunseling atau berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera dalam mengurus emosi dan mental mereka.
Semoga bermanfaat! ☺️