Pupuk Semangat Patriotisme dalam diri Anak-anak dengan cara mudah ini!
Semangat setiap kali dengar lagu-lagu patriotik dimainkan di corong radio mahupun di media sosial. Tapi, tak pernah lagi berkesempatan nak raikan nya di hari perarakan dan sambutan nya di Dataran merdeka mahupun Putrajaya.
Jangan risau, dekat rumah pun boleh tau! Untuk anda yang ada anak kecil, apa kata pupuk semangat patriotik dalam diri anak-anak anda dengan cara mudah ni.
- Hias rumah dengan bendera Malaysia
Cara yang paling senang sekali, kibarkan Jalur Gemilang di halaman rumah untuk menaikkan lagi semangat patriotik.
Bukan kibarkan je malah, nak hias rumah dengan Jalur Gemilang pun boleh. Inilah masanya untuk ibu bapa tunjukkan bakat kreatif dekat anak-anak.
Nanti jiran pun akan turut menghiaskan rumah jugak. Lagi pun bendera tahun lepas punya masih elok, jadi ibu bapa boleh recycle yang tahun lepas punya. Tak perlu membazir beli yang lain, kan?
- Tonton filem bertemakan kemerdekaan
Memandangkan sambut merdeka di rumah je, mungkin selepas tengok perarakan di TV, lepas tu bolehla sambung tengok filem-filem yang bertemakan kemerdekaan.
Sebenarnya ada banyak filem kemerdekaan seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Embun dan Leftenan Adnan.
Cara ni dapat membuatkan anak-anak lebih menghayati erti perjuangan yang sebenar zaman sebelum mencapai kemerdekaan dulu. Sambil tu, anda boleh luang masa dengan anak-anak jugak.
- Karaoke lagu-lagu patriotik
Bagi yang suka karaoke tu, boleh lah ajak anak-anak sekali nyanyi lagu kebangsaan. Ada banyak lagu yang berunsurkan lagu patriotik. Daripada lagu, anak-anak boleh belajar pelbagai unsur nilai murni dan semangat cinta akan negara
- Pertandingan mewarna dan kolaj
Dah habis tengok acara di TV tu boleh la anda buat pertandingan mewarna dengan anak-anak. Confirm mereka pun excited lagi-lagi bab mewarna kan.
Anda boleh sediakan hadiah kepada siapa yang menang. Jadi, anak-anak pun semakin semangat nak mewarna. Isteri atau suami pula bolehla jadi juri untuk pertandingan. Mewarna pun boleh melatih motor skill anak-anak tau.
- Kuiz kemerdekaan
Apa kata anda buat kuiz sempena kemerdekaan ni? Boleh la tambahkan pengetahuan anak-anak tentang sejarah kemerdekaan dan Malaysia.
Buat kuiz yang simple-simple je supaya anak-anak ingat dan tahu tentang kemerdekaan ni.
Contohnya:
- Negara kita merdeka pada tahun berapa?
- Bilakah tarikh kita sambut merdeka?
- Siapakah bapa kemerdekaan?
- Apakah nama bendera Malaysia?
- Ada berapa warna dalam bendera?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66 buat tanah air kita, Malaysia!❤️