Rawatan Tradisional, Cara Alternatif Merawat Jantung
Pesakit jantung memang lazim mendapatkan rawatan secara moden di hospital dan ubat-ubatan. Tapi, boleh ke rawatan tradisional dijadikan cara alternatif untuk merawat jantung? Ini jawapannya!
Sistem kardiovaskular boleh dipertingkatkan fungsinya melalui rawatan tradisonal atau disebut sebagai alternatif dan perubahan gaya hidup.
Diet yang sihat dan gaya hidup adalah penting dalam mengurangkan faktor risiko serangan jantung, dan ia juga penting untuk memastikan bahawa perubahan gaya hidup tidak akan mengganggu ubat-ubatan yang mungkin anda ambil.
Rawatan alternatif tidak sesuai apabila gejala serangan jantung hadir kerana ia akan mengancam nyawa. Oleh itu, selalulah berbincang dengan pakar sebelum mencuba sebarang rawatan alternatif.
Walaupun rawatan yang disenaraikan di bawah tidak digunakan semasa serangan jantung, ia boleh digunakan untuk mengurangkan risiko mengalami serangan jantung. Jom kita lihat!
MEDITASI
Penyelidikan telah menegaskan bahawa meditasi harian boleh melegakan tekanan dan menurunkan tekanan darah, yang merupakan dua faktor risiko utama untuk penyakit arteri koronari dan serangan jantung.
Jenis meditasi yang boleh dianggap sebagai rawatan tradisional masalah jantung, termasuklah:
- Meditasi kesedaran;
- Meditasi berpandu;
- Tai Chi;
Mana-mana jenis meditasi seperti di atas memberi manfaat untuk menurunkan tekanan jantung.
TERAPI PEMAKANAN
Diet yang sihat adalah aspek penting dalam kesihatan jantung dan perlu untuk mencegah penyakit arteri koronari dan serangan jantung.
Secara amnya, diet yang sihat adalah yang mempunyai pelan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein tanpa lemak adalah cara yang berkesan untuk mengekalkan jantung yang sihat.
Kaedah ini juga bagi memastikan diri anda untuk menjauhi makanan yang diproses dan yang tinggi lemak dan gula.
SENAMAN SECARA KERAP
Senaman juga sangat penting dalam mengekalkan kesihatan jantung, kerana ia membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol, dan mengawal berat badan.
Tidak perlu melalui program senaman berat yang rumit. Hanya dengan aktiviti berjalan cepat selama 30 minit, lima kali seminggu akan membuat perbezaan yang ketara terhadap kesihatan anda.
Jom kita sama-sama lakukan cara alternatif di atas sebagai satu usaha menjaga kesihatan jantung kita. Semoga bermanfaat!