Tahap Amaran Dinaikkan, Gunung Berapi Meletus Di Timur Indonesia
Sekali lagi kita digemparkan dengan berita gunung berapi di timur Indonesia meletus lagi pada pagi ini. Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran Tahap Kedua tertinggi dan memberi amaran kepada orang ramai berhati-hati dan menjauhkan diri.
Letusan berlaku pada jam 11.11pagi (waktu tempatan) di Gunung Ibu yang berada di pulau Halmahera yang terletak di Wilayah Maluku Utara.
Abu tebal yang dikeluarkan adalah setinggi 1.5km ke langit seperti yang dikatakan oleh agency volkanologi Indonesia (PVMBG)
Ketua PVMBG, Hendra Gunawan mengeluarkan kenyataan “Tahap aktiviti Gunung Ibu telah dinaikkan kepada tahap tiga sistem empat peringkat, berdasarkan hasil pemantauan visual dan instrumental.”
Beliau juga turun menyuruh penduduk yang berdekatan untuk bersiap sedia memakai cermin mata dan topeng muka ketila melakukan aktiviti di luar.
Zon larangan sekitar tiga ke lima kilometer di sekitar kawasan kawah gunung berapi itu telah dibentuk oleh pihak berkuasa.
Hanya pada bulan lalu sahaja, Indonesia sudah mengalami lebih daripada enam kali letusan daripada Gunung Ruang di Provinsi Sulawesi Utara. Penduduk di pulau Ruang juga telah dipindahkan atas faktor keselamatan. Letusan Gunung Ruang itu masih berada di tahap amaran tertinggi dalam sistem empat peringkat.