Teh Panas Penenang Jiwa, Ketahui Makanan ‘Healing’ untuk Anda!
Orang-orang sekarang memang famous dengan perkataan’healing’. Kononnya untuk merawat perasaan yang duka atau hadapi hari yang sukar.
Tapi anda tahu tak yang ‘healing’ ni bukan hanya pergi berjalan saja, makanan pun boleh jadi salah satu cara untuk kita ‘healing’ tau!
Jom ketahui apa makanan yang boleh untuk membantu anda ‘healing’!
Makanan ‘Healing’ yang Boleh Anda Amalkan
1. Vitamin C
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C dapat membantu menurunkan kadar hormon penyebab stres yang dihasilkan oleh otak.
Vitamin C banyak terkandung dalam buah-buahan seperti limau, jambu, paprika merah, kiwi dan strawberi.
Selain itu, buah-buahan ini juga mengandungi kandungan serat tinggi yang mampu mengelakkan kolesterol jahat daripada mendak di dalam tubuh.
2. Teh panas
Teh panas atau teh yang dicampur dengan vanila atau pudina telah terbukti dalam beberapa kajian Barat untuk membantu mengatasi kecemasan dan meningkatkan daya tumpuan.
Tak perlu tambah gula, teh ni nyata rendah kalori serta mempunyai rasa yang sedap!
3. Karbohidrat kompleks
Hidangan yang mengandungi karbohidrat menggalakkan pengeluaran hormon serotonin yang boleh membuatkan anda tenang.
Oleh itu, ambil karbohidrat kompleks dan hindari gula. Contohnya seperti oatmeal, sandwich roti gandum dan kekacang.
Elakkan snek yang berkanji dan kurang serat seperti biskut. Dapatkan tenaga menerusi snek yang kaya protein, karbohidrat dan lemak. Anda boleh makan snek tersebut sejam sebelum melakukan aktiviti senaman.
4. Serat
Gantikan menu biskut kepada snek yang lebih rendah kalorinya untuk rasa kenyang yang lebih lama.
Amalkan snek yang penuh kandungan air dan serat seperti sup daging, ikan atau sayur serta buah-buahan seperti oren, epal dan pir.
5. Sematkan di fikiran
Semakin besar saiz snek anda, semakin kenyang terasa bila memakannya. Nikmati snek yang kelihatan penuh dalam mangkuk seperti salad, bijirin tinggi serat, atau popcorn supaya minda mendapat isyarat yang anda dah pun mengambil makanan yang banyak..
Perangi lemak dengan snek hasil tenusu. Snek seperti yogurt rendah lemak, susu skim dan gulungan keju membantu melengkapkan keperluan harian sebanyak 1,000 milligram.
Ia kaya dengan kalsium yang meningkatkan enzim untuk memecahkan lemak.
Semoga bermanfaat! 🙂