
Kuaci Menggemukkan, Betul Ke? Jom Ketahui Lebih Lanjut!
Siapa suka tengok tv sambil makan kuaci, angkat tangan! Ia bukan hanya sekadar makanan ringan di rumah, malah sambil buat kerja pun kuaci ni sering menjadi pilihan kita.
Persoalannya, bila makan terlalu banyak, boleh menggemukkan ke?
Sebenarnya tidak. Sebaliknya ia terkandung pelbagai khasiat yang baik untuk kita.
Jom ketahui dengan lebih lanjut!
Khasiat Kuaci yang Anda Tak Tahu!
1. Menurunkan Tekanan Darah, Kolesterol, dan Gula
Biji bunga matahari boleh membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol, dan gula dalam darah kerana ia mengandungi vitamin E, magnesium, protein, dan asid lemak linoleat.
2. Mengurangkan Keradangan
Keradangan kronik adalah faktor risiko untuk pelbagai penyakit seperti peningkatan kadar protein C-reaktif yang berkaitan dengan penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
Dalam satu kajian terhadap 6,000 orang dewasa, individu yang mengamalkan pengambilan kuaci sebanyak lima kali seminggu mengalami penurunan 32 peratus dalam kadar protein C-reaktif berbanding dengan yang tidak mengambilnya.
3. Perlindungan terhadap Penyakit Jantung
Tekanan darah tinggi adalah antara faktor risiko utama untuk penyakit jantung yang boleh menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar.
Bahan-bahan dalam biji bunga matahari diketahui mampu membantu menghalang enzim yang menyebabkan penyempitan saluran darah, membantu salur darah menjadi lebih longgar, dan menurunkan tekanan darah.
4. Memerangi Diabetes
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrion pada 2012 mendapati bahawa individu yang mengambil 30 gram kuaci setiap hari mengalami penurunan gula darah sebanyak 10 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding dengan diet biasa.
Kajian lain juga menunjukkan bahawa menambahkan kuaci ke dalam makanan seperti roti dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat terhadap gula dalam darah.
Protein dan lemak dalam kuaci melambatkan pengosongan perut serta mengawal pelepasan gula secara berperingkat berbanding dengan karbohidrat.
5. Menguatkan sistem imunisasi
Kuaci adalah antara sumber vitamin dan mineral yang dapat memperkuat sistem pertahanan tubuh dan meningkatkan kemampuan untuk melawan virus.
Jadi, jangan ragu untuk menikmati kuaci sebagai sebahagian daripada pemakanan anda, dengan manfaat kesihatan yang diberikannya! Semoga bermanfaat! 😉