
Tiada Respon untuk Interview Kerja? Ini Apa yang Anda Boleh Lakukan!
Apabila anda menghantar permohonan kerja dan tidak menerima sebarang update, perasaan tak pasti dan kecewa pasti muncul.
Namun, walaupun tiada respon untuk temuduga dan mengundang rasa kecewa, anda boleh ambil beberapa langkah untuk menghadapi situasi ini.
Jom ketahui lebih lanjut!
- Nilai Semula Resume dan Surat Permohonan Kerja:
Mungkin terdapat kekurangan dalam resume atau surat permohonan kerja anda yang perlu diperbaiki. Pastikan maklumat yang disampaikan jelas, relevan, dan menonjolkan kebolehan serta pengalaman anda.
- Menghantar Semula Permohonan Kerja:
Jika anda yakin bahawa kerja yang dipohon adalah sesuai dengan kemahiran dan pengalaman anda, cuba hantar semula permohonan kerja anda. Mungkin kali ini anda boleh menambahkan elemen yang lebih menarik bagi majikan.
- Hubungi Majikan:
Jika sudah makan berhari-hari atau seminggu dua, cuba hubungi majikan untuk mendapatkan status permohonan anda. Tanya dengan sopan tentang status permohonan anda supaya ia dapat memberi anda gambaran yang lebih jelas.
- Luaskan connection anda:
Jauh perjalanan, luas pemandangan. Begitu juga dengan menambah connection dalam karier anda. Luaskan rangkaian profesional anda dengan menghadiri acara-acara industri, seminar, atau bersertai kelab profesional. Ini boleh membantu anda mendapatkan maklumat tentang peluang kerja yang tidak diiklankan.
- Tingkatkan Kemahiran:
Gunakan masa yang ada untuk tingkatkan kemahiran anda. Ikuti kursus, dapatkan pensijilan tambahan, atau memperdalam pengetahuan dalam bidang yang diminati boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan.
Jangan putus asa…Teruskan usaha anda, terokai pelbagai peluang yang terbuka. Kerja yang sesuai pasti menanti anda di hujung perjalanan.
Semoga berjaya! 😉