
Ulam Pegaga Pelindung Sistem Saraf
Ulam Pegaga ataupun nama saintifiknya Hydrocotyle asiatica ataupun Centella asiatica merupakan suatu tumbuhan asli di negara kita. Panggilan bahasa Inggerisnya adalah “Pennywort” kerana daunnya yang nipis dan seakan-akan berbentuk kepingan syiling.
Selain daripada Malaysia, ulam pegaga ini juga boleh didapati di beberapa buah negara yang lain seperti Iran, Indonesia, India, Sri Lanka, utara Australia dan juga beberapa buah negara bahagian Asia yang lain.
Ulam pegaga merupakan ulam yang tidak asing bagi orang-orang melayu yang telah mengamalkan penggunaan ulam pegaga ini. Tidak kira sebagai minuman, makanan ataupun untuk perubatan.
Tumbuhan ini mempunya beberapa variasi. Terdapat pegaga yang memerlukan sedikit teduhan dan terdapat juga pegaga yang memerlukan cahaya matahari sepenuhnya.
Pegaga seringkali dihidangkan sebagai ulam-ulaman ataupun sayur tambahan. Ianya juga kerap dimakan dengan sambal belacan dan juga dijadikan sebagai pencuci mulut tradisional.

Ulam Pegaga Pelindung Sistem Saraf
- Membantu Fungsi Kognitif: Daun pegaga dipercayai dapat meningkatkan daya ingatan dan fungsi kognitif. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak pegaga dapat membantu dalam meningkatkan fokus dan daya ingatan, yang bermanfaat untuk individu dengan masalah kognitif ringan atau penurunan kognitif akibat usia.
- Mengurangkan Tekanan: Komponen aktif dalam daun pegaga, seperti triterpenoid dapat membantu mengurangkan kecemasan dan tekanan. Ini bermanfaat untuk menenangkan saraf dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Selain itu daun pegaga juga mempunyai khasiat-khasiat dan fungsi-fungsi yang lain.
- Pencegahan Luka Gaster.
Sebuah makmal kajian telah mendapati bahawa ekstrak air daun pegaga mampu untuk mencegah luka gaster (saluran pencernaan)
- Mempunyai antioksidan.
Daun Pegaga kaya dengan antioksidan ini dapat membantu untuk melindungi sel-sel saraf daripada kerosakan akibat radikal bebas.
- Menyembuhkan Luka.
Daun pegaga mempunyai kandungan vitamin A dan C yang tinggi dan juga mampu untuk membantu menyembuhkan luka dengan pembentukan kolagen.
- Melambatkan penuaan.
Daun ini juga mempunyai suatu komponen yang aktif yang mampu untuk merangsang penghasilan kolagen. Komponen aktif ini berfungsi sebagai agen antipenuaan.
Secara kesimpulannya, daun pegaga adalah suatu daun yang mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan.