
Badan Asyik Lemau? Madu lah solusinya! Jom Ketahui Lebih Lanjut
Pernah tak anda rasa badan lemau, tak bermaya dan tak bersemangat untuk buat aktiviti harian?
Badan lemau atau lemah ni sebenarnya membawa maksud seseorang itu merasa letih ataupun tidak bertenaga. Ia bukan membawa maksud rasa mengantuk ataupun rasa pening kepala. Apabila anda merasakan badan anda lemah, anda tidak mempunyai motivasi dan tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Bila badan lemau ni, mula lah kita malas nak pergi kerja, nak baring saja tanpa buat apa-apa aktiviti. Ish ish ish… memang tak produktif! Tapi, apa solusinya?
Haa… solusinya mudah saja. Amalkan madu setiap hari! InsyaAllah badan akan akan bertenaga serta memberikan kesihatan yang baik untuk anda.
Jom ketahui khasiat serta manfaat madu untuk badan kita!
Khasiat dan Manfaat Madu
- Mengandungi Nutrien
Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu.
Secara nutrisi, 1 sudu madu (21gram) mengandungi 64 kalori dan 17 gram gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Ia hampir tidak mengandungi sebarang serat, lemak atau protein.
Ia turut mengandungi beberapa vitamin dan mineral – tetapi jumlah yang perlu diambil adalah tinggi untuk memenuhi keperluan harian.
- Menguatkan sistem imun
Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.
Madu buckwheat (campuran bijian yang digunakan sebagai makanan haiwan ternakan), mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.
- Kekalkan tenaga
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra.
Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.
Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam.
Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.
Jadi, jom sama-sama kita amalkan madu setiap hari untuk tubuh badan yang lebih cergas dan bertenaga! 😉